Pihak Thai League menerima teguran dari Kementrian Pelancongan dan Sukan Thailand setelah penonton yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Thai League 1 baru-baru ini didapati tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.
Saingan Thai League 1 kembali bersambung pada 12 September lalu setelah berehat selama lebih lima bulan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) membenarkan sejumlah 4 ribu penyokong memasuki stadium atau 25 peratus dari jumlah tempat duduk. Namun langkah tersebut dilihat telah memberi kesukaran terhadap badan itu.
Semalam, Badan Pengurusan Bencana COVID-19 dan juga kerajaan pusat telah mengadakan satu mesyuarat dimana dua badan itu membincangkan tentang masalah penyokong yang dihadapi. Mereka membandingkan antara saingan Thai League dan J. League yang menggunakan peraturan sama berkaitan kehadiran penyokong.
Saingan J. League dilihat lebih baik dan teratur dimana penyokong hadir dengan menggunakan pelitup muka dan juga menjaga penjarakan fizikal.
Kerajaan pusat telah mengarahkan Kementrian Pelancongan dan Sukan untuk berhubung dengan pihak berkaitan bagi memastikan masalah ini tidak terjadi pada perlawanan liga yang akan datang.
Baca artikel lain mengenai saingan Thai League 1 di sini: