Musim 2020 ini, saingan Thai League semakin menjadi perhatian dan muncul sebagai destinasi pilihan kebanyakan pemain-pemain berkualiti dari ASEAN untuk mempamerkan aksi berkualiti serta mencabar diri mereka dalam sebuah liga yang dikatakan terbaik dirantau ini.
Artikel ini akan memberikan fokus kepada saingan tertinggi liga bola sepak Thailand iaitu Toyota Thai League untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tarikan yang ada pada liga divisyen 1 Thailand tersebut.
Sebelum itu, sebagai makluman kepada semua yang mungkin masih tidak tahu, Thai League mempunyai slot pemain asing yang agak besar jika dibandingkan dengan negara-negara lain di ASEAN.
Mereka membuka kuota 3+1 untuk pemain asing, dimana 1 itu dikhaskan untuk pemain dari AFC serta 3 lagi tambahan kuota untuk pemain-pemain dari negara-negara ASEAN. Jadi, secara keseluruhannya pasukan dalam saingan Thai League 1 dibenarkan untuk mempunyai 7 orang pemain import.
Dari semua 16 pasukan Thai League 1, terdapat 26 orang pemain asing dari ASEAN yang kini sedang berusaha keras mendapatkan tempat dalam pasukan masing-masing. 12 orang daripadanya pula adalah pemain-pemain dari Filipina, menjadikan komposisi mereka 33.3% secara keseluruhannya.
Singapura pula muncul sebagai negara ke-2 dari ASEAN yang memiliki pemain paling ramai dalam saingan Toyota Thai League 2020 dengan 5 orang pemain, diikuti oleh Myanmar – 3 orang dan Malaysia berada dikedudukan ke-4 dengan 2 orang pemain iaitu Norshahrul Idlan Talaha serta Dominic Tan.
Mungkin pada musim 2021, kita mampu melihat pertambahan pemain-pemain dari Malaysia yang beraksi dalam saingan Toyota Thai League supaya wujud perkembangan bukan sahaja untuk karier pemain malahan ekosistem bola sepak Malaysia itu sendiri yang akhirnya akan memberikan faedah kepada skuad kebangsaan Malaysia dimasa depan.
Baca juga artikel lain berkaitan liga bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai bahan rujukan yang bermanfaat.
Thai League Senaraikan Top 5 Stadium Yang Mungkin Berbaloi Untuk Dikunjungi Di Thailand.
Akibat ‘Banner Fxxk VAR’ SCG Muangthong United Didenda THB50,000 Oleh Thai League
RASMI: Saingan Thai League Ditunda Selama 45 Hari Mulai Hari Ini, Cegah Penyebaran COVID-19