Pihak Thai League dilihat begitu prihatin dengan situasi semasa dan cukup memahami bagaimana penyokong serta peminat bola sepak Thailand sudah tidak mampu menahan gelora jiwa tanpa bola sepak.
Bagi membantu peminat untuk merasa lebih teruja dan memastikan mereka sentiasa berada dirumah, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengadakan satu kejohanan yang diberi nama sebagai ‘Thai League PES LOCKDOWN Tournament 2020’.
Inisiatif yang disambut dengan perasaan teruja oleh peminat bola sepak Thailand dan perlawanan pertama akan bermula esok, 28 Mac 2020 serta akan disiarkan secara LIVE streaming di laman Facebook rasmi Thai League bermula jam 7.30 malam waktu tempatan.
Menurut kemaskini dilaman web rasmi Thai League, selepas penangguhan kali kedua saingan liga sehingga bulan Mei 2020, mereka telah berbincang mengenai idea untuk membantu peminat meredakan kebosanan serta menaikkan vibe bola sepak tempatan menggunakan Thai League PES LOCKDOWN 2020 ini.
Setiap perlawanan akan berlangsung selama 10 minit dan jika keputusan seri, perlawanan akan disambung dalam masa tambahan. Sekiranya masih tiada pemenang, penentuan sepakan penalti akan diadakan.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Ketua Jurulatih Chonburi FC Buat Peraturan ‘Kejam’, Berat Badan Pemain Naik 1Kg Akan Didenda RM6,641
Park Hang-seo Sahut Seruan Perdana Menteri Vietnam, Derma RM21,667 Untuk Tabung Pencegahan COVID-19