Ketua jurulatih kelab Chonburi FC, Sasom Pobpraset semalam telah mengumumkan perubahan terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh beliau untuk semua pemain-pemain kelab itu sepanjang penangguhan liga.

Sebelum ini, Sasom Pobpraset telah membenarkan berat badan pemain-pemain kelab itu naik sehingga maksimum 2kg sepanjang tempoh pengangguhan, dan jika ada yang melebihi angka tersebut akan dikenakan denda sebanyak THB10,000 atau RM1,328 bagi setiap kilo berikutnya.

Namun selepas pengumuman penangguhan lanjutan saingan Thai League sehingga bulan Mei 2020, Sasom Pobpraset telah mengubah peraturan itu dengan denda yang lebih kejam.

88119327_3355578771135195_7677284956774596608_o

Bagi setiap pertambahan 100g berat badan selepas maksimum 2kg yang dibenarkan, pemain akan dikenakan denda sebanyak THB5,000 atau RM664. Ini bermakna sekiranya berat badan seseorang pemain Chonburi FC naik sebanyak 1kg, mereka perlu membayar denda sebanyak RM6,640 seperti yang telah ditetapkan.

Selain itu, setiap pemain juga akan menjalani modul latihan yang telah ditetapkan oleh pasukan dan akan dipantau menggunakan aplikasi khas dimana ketua jurulatih akan turut memantau perkembangan pemain.

Pasukan Chonburi FC jika mengikut jadual terbaru akan bertemu dengan pasukan Trat FC pada 2 Mei 2020 pada jam 6 petang waktu tempatan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000

Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun

Scott Cooper: Filipina Bermain Lebih ‘Offensive’ Dan Sedia Berentap Dengan Sesiapa Dimana Sahaja

Sumber