Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) melalui kemaskini terbaru melalui laman sosial mereka telah mengumumkan secara rasmi tarikh baki 3 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.
Melalui Facebook rasmi Thai FA, pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengumumkan perkara tersebut kepada semua negara yang terlibat dalam kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia aka bermula pada bulan Oktober dan akan berkahir pada bulan November 2020 sekiranya situasi telah bertambah baik dan dibenarkan melakukan perjalanan antarabangsa.
Perkara itu telah dibincangkan dan keputusan dicapai selepas mesyuarat yang diadakan 2 hari yang lalu pada 3 Jun 2020.
Bagi skuad kebangsaan Thailand, berikut adalah tarikh untuk baki 3 perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022;
- Thailand bertemu Indonesia (Bangkok): 8 Oktober 2020
- Thailand bertemu UAE (Dubai): 12 November 2020
- Thailand bertemu Malaysia (Bangkok): 17 November 2020
Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang makluman atau pengumuman rasmi dari FAM mengenai tarikh rasmi baki 3 perlawanan bagi skuad Harimau Malaya.
Namun, seperti artikel yang telah kami keluarkan semalam, dijangkakan tarikh untuk perlawanan melibatkan pasukan Malaysia adalah seperti berikut;
- Bertemu UAE pada 8 Oktober 2020 di Dubai.
- Bertemu Vietnam pada 13 Oktober 2020 di Bukit Jalil.
- Bertemu Thailand pada 17 November 2020 di Bangkok.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak FAM dalam masa terdekat.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Tarikh Baki 3 Perlawanan Terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022 Telah Ditetapkan Oleh Pihak AFC?
Media Thailand Ini Labelkan Skuad Kebangsaan Malaysia Sebagai ‘Johor National Team’
“Shukor Adan, Kalau Dia Bagi Arahan Semua Pemain Mudah Dengar Apa Dia Kata” – Norhafiz Zamani