Lionel Messi sedia membuka rundingan kontrak baharu dengan PSG. Sebelum ini pemain itu dikatakan sudah memutuskan untuk meninggalkan kelab itu.

Baca Juga:

Barcelona antara kelab yang dikaitkan dengan Messi. Pemain itu sudah mengadakan rundingan dengan kelab yang sinonim dengannya itu beberapa minggu lalu.

Messi tidak sehaluan dengan ultras PSG. Seringkali menjadi mangsa cemuhan ultras PSG terutama sekali ketika PSG gagal dalam UCL.

Itu antara sebab yang dikaitkan dengan keinginan Messi untuk meninggalkan kelab itu selepas kontraknya berakhir akhir musim ini.

Seterusnya Messi dikatakan tidak selesa dengan kuasa pemain yang dimiliki Kylian Mbappe yang dianggap terlalu berkuasa.

PSG sudah menyatakan pendirian mereka mahukan Messi untuk terus kekal. Dan sudah menawarkan kertas cadangan kontrak baharu kepada Messi.

PSG malah sedia melepaskan Neymar demi untuk menampung gaji Messi yang akan meningkat jika dia terus kekal.

PSG juga menawarkan kontrak 2+1 tahun kepada Messi jika pemain itu setuju. Dengan opsyen lanjutan setahun lagi ditentukan oleh Messi.

Tetapi ketika itu Messi dilaporkan sudah tak ada hati nak terus kekal di PSG.

Namun kini segalanya berubah, menurut GFFN, Lionel Messi akhirnya membuka semula pintu rundingan dengan PSG.

Dan meminta peningkatan gaji yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan di atas mejanya oleh PSG.

Kini kedua dua pihak sedang membincangkan titik persetujuan untuk gaji pemain itu. Rundingan sedang berada di landasan yang baik.

Christophe Galtier sentiasa mahukan Messi terus kekal di PSG. Prestasi Messi musim ini sangat memberangsangkan berbanding musim pertamanya di PSG.

Berita ini pastinya kurang disenangi peminat Barcelona yang benar benar berharap Messi akan pulang semula ke pangkuan Barcelona secara percuma.

Messi kini menjadi antara pemain pilihan untuk memenangi Ballon d’Or sekali lagi selepas membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2022 yang lalu.

Pemenang 7 Ballon d’Or itu masih belum memutuskan kelab mana yang dia akan serta selepas ini. Fokus Messi adalah kepada kejuaraan liga domestik selepas tersingkir daripada Liga Juara Juara Eropah 2022/23.