Semakin hari semakin pelik pula permintaan dan idea daripada EPL untuk menyambung musim mereka.

Sebelum ini Telegraph melaporkan bahawa, sekitar 8 pasukan menentang idea untuk bermain di venue berkecuali.

Terbaru, hampir kesemua pasukan yang berada di 10 tangga terbawah EPL ketika ini telah menyokong idea untuk menghapuskan penyingkiran untuk musim 2019/20.

Idea ini agak pelik, kerana, apa gunanya meneruskan liga jika hanya menentukan siapa juara dan tidak menentukan pasukan mana yang tersingkir?

Mereka menentang idea penyingkiran ini jika Premier League meneruskan idea untuk bermain di gelanggang neutral.

Ini kerana menurut mereka ianya tidak adil dan melanggar intergriti. Premier Leagu memerlukan undian 14-6 untuk meneruskan idea bermain di gelanggang neutral.

Aston Villa antara pasukan pertama yang menentang idea ini kerana mereka masih ada baki 6 perlawanan di tempat sendiri.

skysports-graphic-venues_4987829

Jika 8 pasukan terus mengundi untuk tidak setuju bermakna dasar itu tidak boleh dilaksanakan.

Tetapi, dalam keadaan wabak yang melanda UK pada hari ini, idea bermain di gelanggang neutral adalah paling bagus untuk memastikan semua pasukan dapat diasingkan / diisolasi di tempat khas.

Beberapa bandar di England memiliki kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Ianya berisiko.

Jika EPL musim ini tiada penyingkiran, ia bakal memberikan impak kepada pasukan Championship. Di mana mereka berpotensin tidak akan dapat naik pangkat.

Kecuali EPL mempertimbangkan idea untuk menambah jumlah pasukan yang akan beraksi dalam liga pada musim hadapan.

Baca juga perkembanga EPL yang lain

8 Kelab EPL Menentang Cadangan Aksi Di Gelanggang Neutral

EPL Pertimbang Aksi Kurang 90 Minit Apabila Bersambung

Perth Tawarkan Diri Anjur Baki Perlawanan EPL