Perth menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan baki kempen Liga Perdana Inggeris – menurut laporan oleh Fox Sports.
Seorang ejen sukan, Gary Williams menyatakan beliau sudah berbincang dengan Premier League tentang perkara itu dan berusaha untuk merealisasikannya.
Gary berkata: “Saya ada berbincang dengan EPL dan mereka sukakan idea itu.”
“Saya juga ada berbincang dengan kerajaan dan mereka teruja dengan idea itu. Kita akan membincangkannya lagi minggu hadapan.”
Senator Perth, Glenn Sterle menyatakan beliau menyokong idea itu dan mahu membatu England dalam menyelesaikan musim liga mereka.
“Saya melihat keadaan yang berlaku di England dengan hati yang berat. Kami mahu membantu dan kami ketika ini hampir sifar kes baharu.”
An English agent based in Perth has reportedly suggested – and received support from some clubs and an Australian senator – that the English Premier League season could be completed in Western Australia.https://t.co/kRV8eIfhNZ
— The Age Sport (@theagesport) May 3, 2020
“Mereka yang tiba di sini hanya perlu menjalani kuarantin, dan selepas itu kita sedia untuk memulakannya.”
Perth yakin, tempat mereka adalah pilihan terbaik ketika ini. Negara Australia bukan negara berpenduduk padat, menjadikannya lebih mudah untuk para pemain dikuarantin.
Australia juga mempunyai kes dan kematian COVID-19 yang sangat sedikit.
Perbezaan waktu, mungkin menjadi masalah besar, memandangkan Australia berada jauh dari UK.
Seterusnya, kos penerbangan ke Australia pastinya tinggi dengan melibatkan semua pemain, staf pelatih, kakitangan perubatan, peralatan, pengulas, pakar-pakar, semua yang diperlukan untuk tujuan penyiaran, dan wartawan mungkin akan mengetuai sama ada mereka dijemput atau tidak.
Seterusnya, kerisauan yang lain, pasti ramai orang Australia yang akan keluar dan berhimpun untuk melihat bintang EPL kegemaran mereka.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Tuntutan Pemain Wanita AS Dibayar Sama Rata Dengan Lelaki Ditolak Mahkamah