Liga Perdana Inggeris sedang mempertimbangkan beberapa cadangan dalam usaha mereka menyambung liga mereka kelak. Antaranya adalah, waktu perlawanan yang lebih pendek.
Perkara itu disahkan oleh Ketua eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional, Gordon Taylor.
Perlawanan liga telah ditangguhkan sejak bulan Mac dan kelab telah berunding tentang cara terbaik untuk melangsungkan semula perlawanan itu dalam keadaan selamat.
Oleh itu, ada kalangan ahli lembaga pengarah Premier League mencadangkan waktu perlawanan yang kurang 45 minit setiap babak.
“Kami tidak tahu apa yang bakal berlaku,” kata Taylor kepada program BBC Radio 4’s Today.
Professional Footballers' Association chief executive Gordon Taylor has raised the possibility that halves may be shorter than 45 minutes as discussions continue about the Premier League's return.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 5, 2020
“Apa yang kita tahu adalah, apa sahaja cadangan yang telah dikemukakan, idea apa yang telah dikemukakan kita akan pertimbangkan.”
“Misalnya kemungkinan mempunyai lebih banyak pemain gantian, permainan mungkin tidak penuh 45 minit setiap babak, dan ada perbincangan mengenai stadium yang neutral – ada banyak perkara yang dikemukakan.”
“Kita cuba untuk melihat apa cadangannya dan mahu memastikan para pengurus dan pemain dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu.”
Sebelum ini EPL ada menyatakan mereka menerima cadangan untuk menganjurkan baki perlawanan hanya di lapan stadium berkecuali.
Namun belum diputuskan di mana. Malah ada juga yang mencadangkan agar EPL diterbangkan ke Perth Australia untuk baki perlawanan.
Berbalik kepada idea tentang tempoh perlawanan yang lebih pendek. Ia mungkin bukan idea yang dipersetujui ramai. Tetapi mungkin juga boleh direalisasikan.
Baca juga perkembangan bola sepak eropah lain
Henry: Masa Terbaik Saya Adalah Di Arsenal Kerana Ada Bergkamp Dan Kanu
CFO Juventus: ‘Kami Tak Akan Bayar Gaji Pogba Sama Dengan Ronaldo’