Kyle Walker dilaporkan sudah mencapai persetujuan verbal untuk menyertai Bayern Munich. Dan menyerahkan kepada kelabnya, Man City untuk mencari kesepakatan harga.

Kyle Walker yang masih belum melanjutkan kontrak bersama Man City telah tertarik dengan tawaran daripada Bayern Munich.

Di mana kelab Jerman itu menawarkan kontrak 2 tahun dengan opsyen setahun lanjutan.

Kyle Walker merupakan pemain utama dalam skuad Pep Guardiola. Dianggap salah seorang pemain bek sisi terbaik di Eropah dalam beberapa musim ini.

Namun Man City sebelum ini tidak dapat mencapai kesepakatan kontrak baharu dengan Kyle Walker. Dipercayai pemain itu cuba mendapatkan kontrak dengan durasi lebih panjang.

Bayern benar benar mencari bek sisi yang ofensif. Mereka cuba mendapatkan Azpilicueta sebelum ini. Namun pemain itu memutuskan untuk menyertai Atletico.

Bayern sudah mendapatkan Raphael Guerreiro yang memiliki gaya permainan hampir sama dengan Kyle Walker.

Sebelum ini Bayern meminjam Joao Cancelo dari Man City. Tetapi pemain itu gagal untuk meyakinkan Bayern untuk membelinya secara tetap.

Agak mengejutkan apabila Bayern cuba mendapatkan Kyle Walker. Pemain yang sebelum ini menyatakan dia gembira di Man City dan yakin akan terus kekal di sana.

Namun laporan Florian Plettenberg dari Sky Sports Jerman ini dianggap benar benar mengejutkan.

Pemain tersebut dilaporkan secara eksklusif telah menyatakan keinginannya menyertai Bayern Munich.

Bayern juga berminat mendapatkan seorang lagi bintang England iaitu Harry Kane.