Sebelum ini sebuah konsortium dari Arab Saudi membida pemilikan Newcastle. Namun usaha itu gagal kerana tentangan daripada majoriti pemilik pemilik EPL yang lain.
Terbaru, konsortium yang sama juga dikatakan sedang dalam proses pengambilan daripada Mike Ashley.
EPL sedia untuk mengabaikan larangan daripada BeIN Sports dari Qatar yang sebelum ini menjadi pihak yang paling aktif menentang pemilikan tersebut.
Ini kerana berlaku perbalahan politik antara Qatar dan Arab Saudi. Dan selepas perbalahan itu, Arab Saudi dikatakan menayangkan aksi EPL di negara mereka secara haram.
BeIN merupakan pemegang hak eksklusif penyiaran di Timur Tengah itu. Seterusnya BeIN menuduh Arab Saudi cuba memutihkan jenayah yang mereka menerusi sukan.
Perbalahan antara kedua dua negara membuatkan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar yang dituduh ada kaitan dengan puak ekstremis di Iran.
Tuduhan tersebut dinafikan oleh Qatar. Dan kini larangan oleh Arab Saudi ke atas BeIN sudah ditamatkan.
Larangan Arab Saudi ke atas beIN akan ditarik balik, kata satu sumber rapat kepada AFP.
Konsortium daripada dana berdaulat Arab Saudi, PCP kini sedia untuk membida semula semula hak pemilikan Newcastle.
Dan 24 kelab dalam liga utama Inggeris sedia mengundi sebulat suara pemilikan tersebut.
A Saudi Arabian takeover of Newcastle United is close to being agreed and could be approved by the Premier League in the next 24 hours.#bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) October 7, 2021
Jika perkara itu direalisasikan iya akan menjadikan klub tersebut sebagai klub yang memiliki pemilik terkaya di dunia.
Difahamkan kertas kerja pembelian yang ada sebelum ini digunakan untuk proses pemilikan pada kali ini.
Sky Sports melaporkan bahawa pemilikan Arab itu akan diumumkan seawal awalnya pada hari ini waktu UK.