Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan perpisahan dengan tonggak import pasukan itu, Gonzalo Cabrera.
Ia bermakna tiada lagi aksi pemain sayap prolifik dari Argentina itu bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia musim depan sejak menyertai Harimau Selatan pada tahun 2017.
Beraksi selama 5 tahun, Cabrera juga adalah calon pemain naturalisasi sepertimana yang didedahkan oleh Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Disember tahun lalu. Namun, perancangan itu nampaknya seperti tidak menjadi kenyataan berdasarkan kenyataan rasmi mengenai perpisahan dengan pemain itu.
“Ia merupakan sebuah pengalaman bersama yang akan sentiasa dikenang, memenangi pelbagai trofi dan menjaringkan begitu banyak gol untuk menjadi penjaring terbanyak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sepanjang zaman untuk Liga Super Malaysia (43 gol) dan Kesemua Pertandingan (66) dalam 152 penampilan sejak 2017.
“Sudah tiba masanya untuk berpisah tetapi ianya merupakan penghormatan yang amat besar. Terima kasih sekali lagi untuk setiap detik yang indah dan kami ucapkan selamat maju jaya,” tulis kenyataan rasmi daripada JST.
It's been a memorable adventure together, winning all those trophies and scoring plenty of goals to become Johor Darul Ta'zim FC's (JDT) all time Malaysia Super League (43 goals) and All Competitions (66) top scorer in 152 appearances since 2017.
[1/2] pic.twitter.com/oARnYw95Ez
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 13, 2021
Sepanjang bersama JDT, Cabrera telah menjaringkan 43 gol dalam 90 penampilan bersama Harimau Selatan dan memenangi pelbagai trofi seperti Juara Liga Super sebanyak 5 kali (2017-2021), Juara Piala Sumbangsih (2018-2021) dan Juara Piala Malaysia 2 kali (2017 & 2019).
Dari segi pencapaian individu, beliau pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan pilihan PFAM dan kerap berada dalam pencalonan pemain import terbaik untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK).
Dengan ketiadaan Cabrera, JDT dijangka akan membawa masuk pemain import yang lebih berkualiti di posisi sayap musim depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Jordan Mintah Sedia Bentuk Gandingan Mantap Dengan Kpah Sherman
TMJ Tak Jadi Berehat, JDT Bakal Berbelanja Besar Untuk Perkuatkan Pasukan Musim Depan
Khairu Azrin Akui Sukar Tolak Tawaran Kedah, Tak Lupakan Jasa Penang
Sean Selvaraj Hampir Pasti Kembali Perkuatkan Negeri Sembilan