Setelah tewas besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 6-1 dalam perlawanan Liga Super Sabtu lalu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini telah menamatkan kontrak pengendali pasukan, B.Satianthan.
Satianathan dikecam hebat setelah pasukan Selangor menampilkan aksi kurang bertenaga di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus menyebabkan skuad Gergasi Merah tewas besar di tangan juara bertahan Liga Super itu.
Kekalahan tersebut juga sukar diterima oleh penyokong Selangor dimana kebanyakkan dari mereka mahu bekas pengendali skuad kebangsaan itu digantikan kerana dianggap sudah tiada hati untuk meneruskan tugas sebagai jurulatih pasukan.
B. Sathianathan mengesahkan pemecatannya sebagai jurulatih Selangor.
Satu perjumpaan antara RMS, Timb Presiden FAS dan Sathianathan berlangsung pagi tadi.
— Nazrin Arif 🇲🇾 (@nazrinarifs15) September 21, 2020
Setelah perbincangan antara Presiden FAS iaitu Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Naib Presiden dan juga Satia sendiri dilakukan, badan tersebut memutuskan untuk menamatkan khidmat Satia berkuatkuasa serta-merta.
FAS masih belum mengumumkan pengganti kepada jurulatih berusia 61 tahun itu. Pengarah Teknikal kelab, Michael Feichtenbeiner dilihat menjadi salah satu calon bagi menggantikan B.Satianathan.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:
CIMB Liga Super: JDT Ibarat Direndam Tidak Basah, Selangor Terkulai Di Stadium Sultan Ibrahim
TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan