Pemain import dari Filipina, Carli de Murga dikhabarkan telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelabnya yang sedang dilanda krisis ketika ini iaitu TRW Kelantan.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Carli semakin hampir untuk menyertai salah satu kelab yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia.
https://twitter.com/zulhelmizainal1/status/1646883713052180481?s=46&t=rgTXQxtBkdR0ACl02xia_A
Carli de Murga tidak diturunkan pada perlawanan Piala FA 2023 dimana TRW Kelantan turun menentang Manjung City yang menyaksikan The Red Warriors mencatat kemenangan 3-0.
Sebelum ini, Carli menjadi bualan peminat apabila beliau tidak diturunkan pada aksi Liga Super 2023 menentang juara bertahan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan Mac lalu.
Pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham kemudiannya membuat penjelasan menerusi laman media sosial Facebook miliknya dimana Carli tidak dapat diturunkan kerana pemain itu mengalami kecederaan.
“Carli ketika berdepan Penang pada minit ke-78 mengalami kecederaan. Dia digantikan dengan Arif masa tu. Dia benar-benar sakit. Doakan kesihatan beliau,” kata Norizam.
[caption id="attachment_212666" align="alignnone" width="1050"] Sumber Gambar: TRW Kelantan[/caption]
Pada masa yang sama, Zamsaham mengajak peminat untuk bersangka baik dalam semua perkara terutamanya pasukan.
“Bersangka baiklah. Bila sampai masa kita akan tahu kebenaran. Yang buruk kita tahu, yang baik pun kita akan tahu. Jalan terus,” tambahnya.
Ketika ini, Zamsaham terlibat dalam pertelingkahan bersama ejen bekas ketua jurulatih pasukan, Choi Moon-sik iaitu Myeongho Jeong dimana ejen itu mendedahkan satu persatu kelemahan yang terdapat dalam pasukan dan juga kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kelab itu.
Menjawab kepada semua pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya, Zamsaham menegaskan Moon-sik seorang yang culas membuat laporan prestasi dan data statistik untuk dihantar kepadanya.
Dia sendiri hairan apabila pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu sentiasa menyatakan bahawa laporan adalah tidak penting.
“Saya rasa mana mana orang yang berkerja di dunia ini, perlu menghantar laporan kepada pengurusan, untuk disimpan sebagai rekod [filing] untuk penilaian penilaian seterusnya,” tegasnya.