Saingan Liga Super 2019 akan disambung semula pada hujung minggu ini setelah memberi laluan kepada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA. Meskipun Johor Darul Ta’zim telah sah bergelar juara, pasukan dibelakang sedang berlumba-lumba untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga.

Di sini, kami senaraikan 5 pemain yang akan diberikan tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-19.

1. J.Partiban

J.Partiban
Sumber Gambar: Perak TBG

J.Partiban memainkan watak penting ketika Perak membuat kebangkitan dengan menewaskan Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA. Pemain sayap ini juga berada dalam prestasi terbaik dimana beliau menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan terakhir.

2. Hadin Azman

Hadin Azman
Sumber Gambar: Football Tribe

Sama seperti Partiban, Hadin berada di prestasi terbaik ketika ini dimana beliau menjaringkan dua gol, lebih tepatnya ketika Felda tewas kepada Perak dan kedah.

3. Ifedayo Olesegun

Ifedayo Olesegun
Sumber Gambar: FA Selangor

Ifedayo meneruskan rentak cemerlang sejak menyertai Selangor dimana beliau meledak hatrik pada perlawanan terakhir Liga menentang Pahang.

4. Diogo Luis Santo

Diogo Luis Santo
Sumber Gambar: JST

Diogo menjadi salah satu watak penting bagi Johor Darul Ta’zim dalam kejayaan mereka memenangi Liga Super untuk kali keenam berturut-turut.

5. Farhan Roslan

Farhan Roslan
Sumber Gambar: Kedah FA

Farhan kembali beraksi bersama skuad Lang Merah dimana beliau menyumbangkan dua gol dalam dua perlawanan terakhir Kedah.

Itulah dia 5 pemain yang akan diberikan tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-19. Perlumbaan untuk anugerah Kasut Emas dan kedudukan naib juara masih terbuka dimana 5 pemain di atas bakal menjadi harapan pasukan masing-masing untuk mencapai keputusan positif.