Setelah berminggu lamanya Bayern cuba meyakinkan Tottenham untuk menjual Harry Kane kepada mereka, akhirnya kedua dua kelab dilaporkan telah mencapat kesepakatan.

Sebelum ini Bayern melakukan 3 bidaan untuk mendapatkan Kane namun kesemuanya ditolak kerana Daniel Levy mahukan bidaan di atas €100 juta untuk pemain itu.

David Ornstein melaporkan, kedua dua kelab akhirnya mencapai kata sepakat bagi nilai harga Harry Kane dan ianya lebih daripada €100 juta.

Kini terserah kepada Harry Kane sama ada dia menerima perpindahan itu atak tak.

Bayern sudah menyatakan sebelum ini bahawa mereka yakin bahawa Kane tidak pernah ada masalah untuk mempersetujui syarat dan terma yang mereka tawarkan kepada pemain itu secara peribadi.

Kane menolak tawaran lanjutan kontrak dengan gaji €400 ribu seminggu dari Spurs sebelum ini kerana dia mahu menyertai Bayern.

Harry Kane kemudian menyatakan bahawa dia sedia melanjutkan kontrak baharu di Spurs jika Bayern tidak menandatanganinya secara rasmi sebelum sepak mula Liga Perdana Inggeris.

Situasi itu membuatkan kem Bayern segera mengambil langkah lebih drastik untuk mendapatkan Harry Kane.

Bukan mudah untuk memujuk Daniel Levy menjual Kane. Malah, lembaga pengarah Spurs dan Joe Lewis sendiri terpaksa campur tangan menyarankan agar Daniel Levy menerima tawaran daripada Bayern yang dianggap berbaloi.

Atau mereka berisiko kehilangan Harry Kane secara percuma.

Kane mahu meninggalkan Tottenham dan menyertai Bayern bagi mengejar trofi major yang pertama dalam kariernya.