Kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dilaporkan berminat dengan Wilfried Zaha sekali lagi.

Penyerang berusia 30 tahun itu dilaporkan antara pemain yang ingin dibawa oleh Mikel Arteta pada musim panas ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Zaha telah menjadi bintang utama di Selhurst Park. Pernah beberapa kali dikaitkan dengan Arsenal terutama sekali ketika era Unai Emery.

Namun perpindahan gagal dimeterai kerana harga. Kemudian sebelum ini Arsenal sekali lagi mahukan Zaha, tetapi pemain itu memutuskan untuk melanjutkan kontraknya pada masa itu.

The Guardian melaporkan bahawa Arsenal masih meminati penyerang itu. The Gunners akan cuba mendapatkan Zaha pada musim panas ini.

Bekas graduan akademi Manchester United itu merupakan peminat tegar Arsenal sejak bangku sekolah.

Laporan dari England menyebut bahawa Mikel Arteta berminat untuk membawa Zaha ke London Utara. Dia menganggap penyerang itu adalah pemain yang lengkap dan sesuai dengan sistem permainannya.

Terutama sekali Zaha adalah pemain yang boleh bermain di kesemua posisi serangan termasuk false 9. Kepantasan dan fizikaliti pemain itu juga sangat mengagumkan.

Ditambah dengan kematangan pemain itu juga antara perkara yang menarik minat Arteta. Dia merupakan antara pemimpin di Crystal Palace pada ketika ini.

Seorang pemain yang tidak terlibat dalam masalah di luar padang sepanjang dia di sana.

Arsenal mahukan Zaha segera!

Arsenal akan cuba mendapatkan Zaha pada musim panas akan datang. Dengan kontra semasa pemain itu akan berakhir pada akhir musim ini.

Oleh itu, Arteta merasakan bahawa Zaha adalah pemain yang sangat bagus untuk dibawa secara percuma ke kelab itu.

Crystal Palace dilaporkan menawarkan kontrak bernilai tinggi untuk Zaha kekal lebih lama.

Dengan berita minat daripada Arsenal ini, Wilfried Zaha pastinya boleh menentukan sama ada dia akan menerima kontrak baharu di Palace atapun ke Arsenal?

Menjadi barang panas

Arsenal tidak berseorangan memburu tandatangan Zaha. Kelab lain termasuk Chelsea, PSG, Roma, Marseille dan Chelsea juga berminat dengan pemain tersebut.

Adakah Zaha akan kekal di EPL musim hadapan ataupun berkelana ke luar England?