Carlo Ancelotti mengesahkan bahawa pemain tengah, Casemiro mahu meninggalkan Real Madrid.

Walaupun tidak menyebut secara spesifik nama kelab tersebut, namun laporan beberapa koresponden termasuk Fabrizio Romano sebelum ini menyatakan bahawa pemain itu sedang berunding dengan Manchester United. 

Ancelotti menyatakan bahawa dia sudah bercakap dengan Casemiro dan pemain itu mahu mencari cabaran baharu.

Ancelotti berkata: “Saya sudah bercakap dengan Casemiro. Dia mahukan cavahara baharu. Kami memahami hasratnya.”

“Rundingan dengannya masih berjalan tetapi dia telah memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid.”

Rundingan untuk Casemiro dilaporkan menelan harga €50 juta. Pemain itu ditawarkan kontrak dengan gaji €300,000 seminggu di Old Trafford.

Casemiro menjadi sasaran utama Man United setelah rundingan mendapatkan Rabiot dihentikan atas faktor kegagalan mencapai kesepakatan gaji dan bayaran ejen.

Di mana ibu Rabiot, iaitu Veronique yang merupakan ejen pemain itu meminta €10 juta untuk bayaran ejen. Ia dianggap terlalu tinggi oleh Manchester United.

Seterusnya, Manchester United masih gagal mendapatkan Frenkie De Jong.

Ketika ini Man United cuma berjaya mendapatkan Christian Eriksen di bahagian tengah. Sedangkan mereka kehilangan ramai pemain di posisi tersebut.

Casemiro akan menjadi tambahan berguna kepada skuad Man United yang sudah lama tidak memiliki pemain defensive midfielder yang berkualiti. Casemiro sebelum ini dianggap pemain yang terjamin tempatnya dalam kesebelasan utama Real Madrid.

Namun dengan kehadiran dua muka baharu iaitu Camavinga dan Tchoumeni, dia merasakan bahawa dia mungkin akan kehilangan tempat.

Lagipun Casemiro sudah tidak perlu membuktikan apa apa di Real Madrid. Dia sudah membantu kelab itu memang kesemua piala yang dia tersedia. Termasuk 5 UCL.