Gandingan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus mencipta sensasi apabila mara ke final kejohanan Terbuka Taipei 2023 selepas berjaya menundukkan wakil tuan rumah, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin, sebentar tadi.
Baca Juga:
- Terbuka Taipei 2023: Wei Chong-Kai Wun Iringi Dua Wakil Malaysia Ke Separuh Akhir
- Terbuka Taipei 2023: Yew Sin-Ee Yi Ke Separuh Akhir, Dua Wakil Negara Tumbang
- Terbuka Taipei 2023: Tang Jie-Ee Wei Mara Ke Separuh Akhir
Ia merupakan kali kedua pasangan ranking ke-20 dunia itu mara ke final pada tahun ini setelah mereka muncul selaku juara Terbuka Orleans yang juga merupakan kejohanan berstatus Super 300.
Malah kemenangan 21-14, 21-19 itu turut melebarkan rekod 3-0 buat Tang Jie-Ee Wei ke atas lawan tersebut dimana mereka menundukkan Hong Wei-Chia Hsin pada kejohanan Piala Sudirman dan Terbuka Orleans.
Kemenangan ‘straight set’ itu juga sekali gus menyaksikan Malaysia mempunyai dua wakil di pentas final selepas Ong Yew Sin-Teo Ee Yi bertemu juara bertahan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam acara beregu lelaki.
Aksi kejar mengejar mata ditampilkan pada permulaan set pertama apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memimpin permainan dengan keputusan 11-10.
Selepas itu mereka tidak memandang ke belakang lagi untuk memastikan set pertama menjadi milik mereka dengan kemenangan 21-14.
Corak permainan lebih mendebarkan dapat disaksikan pada set kedua apabila pasangan tuan rumah itu cuba bangkit ketika ketinggalan 12-17 tetapi mereka tenang menyerap tekanan bagi mengesahkan kemaraan ke final.
Menanti mereka esok ialah Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min yang menewaskan menewaskan satu lagi pasangan Chinese Taipei, Tseng Min Hao-Hsieh Pei Shan.