Jika anda seorang peminat taktikal bola sepak, mungkin perkara ini anda pernah baca atau dengar.

Dalam bola sepak ada banyak prinsip asas yang menjadi rujukan paling utama di dalam permainan mereka. Sebagai contoh, prinsip asas ketika menyerang. Seterusnya adalah prinsip asas ketika bertahan.

Walaupun taktikal klasik ataupun moden, ianya masih mengamalkan prinsip asas tersebut. Meskipun ada modifikasi di dalamm perlaksanaannya.

Dan kali ini, kita akan membaca secara ringkas tentang 4 prinsip asas dalam permainan terbuka ataupun bahasa universalnya open play.

Apa itu permainan terbuka?

Permainan terbuka adalah merujuk kepada permainan dengan bola sedang digerakkan. Ini tidak merangkumi perlawanan dihentikan kerana pengadil memberikan sepakan percuma. Itu sudah disebut sebagai bola mati, kerana bola tidak bergerak ataupun hidup lagi.

Oleh itu, permainan terbuka ini memerlukan banyak kombinasi permainan, aliran bola, variasi hantaran dan juga gerakan.

Berikut adalah 4 prinsip asas dalam permainan terbuka.

1. Ketika dalam penguasaan bola

Fasa ini merujuk kepada pasukan yang sedang memegang bola ataupun menguasai bola. Jadi anda boleh merujuk prinsip asas serangan dalam bola sepak.

Antaranya adalah, penetrasi, depth (sokongan dari belakang), width (sokongan dari sayap), dan penyudah. Itu antara prinsipnya.

Gol-Sturridge-620×343

Di bawah ini adalah contoh Manchester City melakukan penetrasi ke atas lawan mereka.

penetrate-620×352

Pasukan yang ada bola akan melancarkan serangan ke atas lawan ataupun menjadi pasukan yang mengancam kubu lawan.

Pada fasa ini, setiap pasukan ada formasi mereka sendiri. Sama ada mereka menolak 2 bek sisi mereka naik ke atas untuk membolehkan pemain sayap meenjadi penyerang di halfspace, dan sebagainya.

Ada juga pasukan yang bermain dengan cara route one. Dapat sahaja penguasaan terus lancarkan hantaran lambung ke target man.

Itu terpulang kepada pendekatan masing-masing.

2. Transisi ketika hilang penguasaan

Pada fasa ini pasukan akan menetapkan cara mereka mahu bertahan. Ada sesetengah pasukan akan mulai turun ke bawah membentuk formasi pertahanan yang mereka sudah tetapkan.

Fasa ini merupakan fasa peralihan sebelum ke bertahan. Ianya berlaku sebaik sahaja pasukan anda hilang bola.

balance-620×317

Sebaik sahaja pasukan hilang bola, para pemain terus membentuk fasa transisi yang dimahukan jurulatih.

Selain daripada turun bertahan secara beramai-ramai ada juga jurulatih yang mengarahkan pasukan mereka terus menekan lawan ataupun gegenpressing.

Jika terpaksa, ada yang menggunakan dark art iaitu mematikan bola dengan faul taktikal / tactical foul. Tetapi sekarang ini kita nak bercerita soal open play ya.

3. Fasa hilang penguasaan bola

Fasa ini adalah fasa yang berlaku apabila pasukan lawan sudah memiliki penguasaan bola.

Pada peringkat ini, pasukan itu akan bertahan. Jadi kena tahu juga prinsip bertahan dalam bola sepak seperti, turun ke bawah, melengahkan, menekan dan kompak.

Seterusnya, untuk sesebuah pasukan yang mementingkan serangan balas, mereka tidak akan cuba mematikan permainan.

Di mana mereka akan cuba melakukan pertahanan yang kemas untuk merampas bola dan melancarkan serangan dalam fasa open play.

counter attack

4. Transisi kepada ketika ada penguasaan bola

Fasa ini adalah fasa transisi. Sama dengan proses kedua, cuma bezanya sekarang sesebuah pasukan itu akan menyerang dan ada bola di dalam kawalan mereka.

Sebelum mereka menyerang, mereka akan memastikan transisi dibuat. Sama ada mereka akan bergerak secara intensif membentu formasi serangan, ada yang membentu ultra offensive daripada 4-4-1 (ketika bertahan) kepada 3-3-4(ketika menyerang).

Paling penting adalah kefahaman pemain tentang apa yang mereka harus lakukan.

Daripadda nombor 4 ini, ianya akan kembali ke nombor 1.

4-PHASES (1)

Rumusan

4 fasa asas dalam open play ini harus diberitahu kepada pemain dan pasukan. Pemahaman secara kolektif amat penting.

Anda lihat bagaiman pasukan seperti Liverpool, di mana para pemain mereka sangat semulajadi berada di posisi baharu dalam setiap fasa.

Permainan yang lancar ini digelar progresif dan sentiasa bergerak. Bola sepak sememangnya sukan yang mementingkan gerakan yang banyak.

Pasukan yang banyak bergerak akan lebih dinamik. Namun gerakan itu haruslah berkualiti. Jika tak, pasukan anda akan jadi letih tanpa hasil yang memuaskan.