Tiga tahun beraksi dalam Liga Malaysia, pemain pertahanan dari Australia, Taylor Regan membuat keputusan untuk kembali semula ke A-League apabila diumumkan sebagai pemain baharu Newcastle Jets.
Pemain yang berusia 33 tahun itu menamatkan baki kontrak 12 bulan bersama Sarawak United walaupun berjaya membantu pasukan itu layak ke Liga Super pada musim 2022.
Keadaan kewangan kelab tidak stabil dan isu tunggakan gaji menjadi antara faktor utama yang menyebabkan beliau kembali semula ke negaranya.
Newcastle Jets adalah kelab lamanya dan juga tempat kelahirannya sebelum berhijrah ke Liga Malaysia menyertai Negeri Sembilan pada musim 2016.
“Ada juga beberapa tawaran daripada kelab lain dalam A-League tetapi ia tidak boleh dibandingkan dengan rumah sendiri. Anda tidak boleh menolak untuk bermain di hadapan rakan dan keluarga. Itu adalah kenangan terbaik saya,” katanya.
OFFICIAL | Taylor Regan is back! 🤩
Details ➡️ https://t.co/v0FlWEyZfZ#BondedByGold pic.twitter.com/F2oCk2PKT5
— NEWCASTLE JETS FC ✈️ (@NewcastleJetsFC) January 18, 2022
Regan juga teruja dengan skuad baharu Newcastle Jets yang dikendalikan oleh Arthur Papas dan sedia memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan itu mencapai kejayaan pada musim ini.
“Apa yang paling menggembirakan saya ialah persekitaran yang dicipta oleh bos (Arthur Papas). Semua orang mahu menjadi sebahagian daripadanya.
“Saya tidak menjangkakan untuk terus masuk ke dalam kesebelasan utama, tetapi saya berada di sini untuk memberi tekanan kepada mereka. Semoga mereka terus meningkat, terus bekerja keras dan membanggakan Newcastle. Itulah jenis peranan kepimpinan yang saya mahu bawa ke sini,” tambahnya.
Newcastle Jets yang pernah disertai oleh pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniq secara pinjaman dari JDT kini berada di kedudukan sembilan dengan 5 mata hasil daripada 1 kemenangan serta 2 seri setelah mengharungi 5 perlawanan setakat ini.
Regan telah pun menyertai sesi latihan pasukan dan bakal beraksi menentang bekas pasukannya, Adelaide United, pada hari Ahad (30 Januari 2022).
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Witan Sulaeman Sertai FK Senica, Bakal Beraksi Bersama Egy Maulana Vikri
Ikhsan Fandi Jaringkan Dua Gol, Bantu BG Pathum Tewaskan Songkhla FC
Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B