Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu memastikan anak buahnya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadapi Thailand dan Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada minggu hadapan.

Meskipun, skuad Thailand kendalian Akira Nishino kali ini menyenaraikan barisan terkuat untuk dibawa ke Kuala Lumpur seperti Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda dan Ekanit Panya namun Cheng Hoe tetap yakin anak buahnya mampu melakar kejutan sekaligus mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

“Saya rasa semua jurulatih memandang serius kempen kelayakan ini dengan pendekatan mereka untuk mengumpul mata. Kemasukan Chanathip dan Thitiphan yang cedera serta pemain senior yang berpengalaman luas, menambah kekuatan mereka.

“Tetapi persediaan kita juga cukup rapi dan pemain pun dah habis musim Liga Malaysia, saya harap mereka dapat fokus dalam dua perlawanan terakhir bagi tahun ini, untuk lakar keputusan positif. Mereka pun sudah pasti mahu kemenangan untuk mencapai sasaran kita,” katanya dalam Bernama.

75252859_2482212745208808_6834565742839463936_o
FOTO: FAM

Sebelum bertemu Thailand, skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Tajikistan dalam aksi persahabatan pada hari sabtu ini (9 November 2019) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka juga sempat mengadakan perlawanan pemanas badan secara tertutup dengan skuad kebangsaan Maldives di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin bagi mengekalkan tahap kecergasan pemain.

“Itu hanya aksi latihan, saya memberikan peluang kepada pemain-pemain yang tidak beraksi dalam separuh akhir dan final Piala Malaysia supaya mereka dapat merasai prestasi perlawanan dan tekanan perlawanan bagi menguji keserasian dan kombinasi pasukan,” katanya.

76961419_2484000025030080_8690589328130179072_o
FOTO: FAM

Sementara itu, pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar yang kembali dipanggil menyarung jersi kebangsaan selepas hampir dua tahun, bertekad untuk membalas kepercayaan barisan kejurulatihan, dengan mempamerkan aksi terbaiknya.

“Dengan panggilan kali ini, saya nak beri yang terbaik untuk meraih keputusan positif kepada pasukan. Bagi saya, bergandingan dengan sesiapa pun tiada masalah, kerana mana-mana pemain yang diturunkan akan beri 100 peratus,” katanya.

Baca juga artikel mengenai perkembangan pasukan lain dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. 

Akira Nishino: Kami Tidak Bimbang Mengenai Padang Stadium Nasional Bukit Jalil, Fokus Persiapan Pasukan

Resmi! Simon McMenemy Dipecat Dari Timnas Indonesia

Singapura Bakal Bertemu Qatar Sebelum Berdepan Yaman

Sumber