Pasukan kebangsaan Singapura dijadualkan bertemu juara Asia, Qatar dalam satu perlawanan persahabatan sebelum turun menentang Yaman dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Perlawanan menentang Qatar akan berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad, Doha pada 14 November ini diikuti dengan perlawanan menentang Yaman yang akan diadakan di venue berkecuali iaitu Bahrain.
“Perlawanan menentang Qatar yang merupakan juara Asia akan menjadi pentas yang baik untuk pemain memperoleh pengalaman berharga.
“Kami menghargai dan menerima jemputan daripada Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) untuk mengadakan perlawanan persahabatan dimana kami juga akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan waktu yang berbeza,” kata ketua jurulatih pasukan, Tatsuma Yoshida.
Singapura kini menduduki tangga keempat dalam carta kumpulan D dengan perolehan empat mata selepas empat perlawanan. Uzbekistan menduduki tangga teratas diikuti dengan Arab Saudi di tangga kedua dan Palestine di tangga ketiga.
πΈπ¬ The Lions squad to play in November! π¦ Details π https://t.co/N3f5kdLZE1 #ONESTRONG #AsianQualifiers
π Iqram Rifqi gets first ever call-up
π Sahil Suhaimi and Khairu Nizam earn recalls14/11 π Qatar πΆπ¦ (Friendly) | 19/11 π Yemen πΎπͺ (WCQ) pic.twitter.com/1NGXLtwQPS
— FAS (@FASingapore) November 4, 2019
Berikut adalah senarai lengkap pemain yang dipanggil oleh Tatsuma Yoshida bagi mengharungi kempen kelayakan.
Penjaga Gol: Hassan Sunny (Army United), Izwan Mahbud (Nongbua Pitchaya)
Pertahanan: Amirul Adli (Tampines Rovers), Baihakki Khaizan (Trat FC), Darren Teh (Geylang International), Iqram Rifqi (Home United), Irfan Fandi (BG Pathum United), Nazrul Nazari (Hougang United), Safuwan Baharudin (Pahang FA), Shakir Hamzah (Kedah FA)
Pemain Tengah: Faris Ramli (Hougang United), Hami Syahin (Home United), Hariss Harun (Johor Darul Taβzim), Shahdan Sulaiman (Tampines Rovers), Yasir Hanapi (Tampines Rovers), Zulfahmi Arifin (Hougang United),
Penyerang: Gabriel Quak (Warriors FC), Hafiz Nor (Home United), Ikhsan Fandi (Raufoss IL), Khairul Nizam (Warriors FC), Sahil Suhaimi (Warriors FC), Shawal Anuar (Geylang International)
Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Singapura di sini:
Fandi Ahmad Tidak Gentar Singapura Berada Dalam Kumpulan Maut
Penjaga Gol Skuad B-16 Singapura Bakal Jalani Percubaan Dengan Cardiff City