Ketua jurulatih skuad B-22 tahun Singapura, Fandi Ahmad menegaskan beliau tidak gentar berada dalam kumpulan maut bagi saingan bola sepak Sukan SEA 2019 sebaliknya memberi penekanan terhadap pemainnya mereka harus lebih bersemangat kerana diletakkan di kalangan pasukan-pasukan kuat di rantau Aseia Tenggara.
Pada majlis undian yang berlangsung di Manila semalam, Singapura diletakkan dalam kumpulan B bersama juara bertahan Thailand, naib juara saingan AFC B-23 tahun iaitu Vietnam, pemenang pingat gangsa dalam saingan Sukan SEA 2017 iaitu Indonesia, Laos dan Brunei Darussalam.
Keputusan undian acara bola sepak Sukan SEA 2019 di Filipina. Malaysia berada dalam kumpulan A. #VocketFC#SEAGames19 pic.twitter.com/OcmxKbT4ge
— VOCKET FC (@vocketfc) October 15, 2019
Fandi menegaskan para pemain tidak seharusnya berasa goyah dan mereka perlu menggunakan situasi semasa untuk menampilkan aksi terbaik dalam saingan peringkat kumpulan B.
“Kami berada dalam satu kumpulan yang sukar. Thailand dan Vietnam telah melayakkan diri ke saingan AFC B-23 tahun hadapan. Kami tidak seharusnya berasa takut dengan mana-mana pasukan lawan dan pemain perlu menjadikannya sebagai stau motivasi.
“Hanya dengan menentang yang terbaik di Asia Tenggara kita dapat meningkatkan kualiti sedia ada. Dari segi pemain, saya ada lebih dari 40 pemain yang akan bersaing bagi mengisi 20 slot. Saya akan mengeluarkan barisan pemain dan membuat pengumuman menjelang saingan bermula,” kata Fandi Ahmad.
Bekas pemain FC Groningen itu sedang mempertimbangkan beberapa pemain bagi mengisi kuota pemain lebih umur antaranya pemain pertahanan, Tajeli Salamat, 25 dan pemain tengah, Raihan Rahman, 28 serta tiga lagi pemain. Ketua pasukan Johor Darul Ta’zim, Hariss Harun sebelum ini turut menyuarakan minat untuk beraksi dalam saingan Sukan SEA 2019.
Saingan bola sepak akan bermula pada 26 November hingga 9 Disember 2019. Dalam saingan edisi 2017, Thailand berjaya memenangi pingat emas setelah menewaskan Malaysia di pentas akhir.
Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Singapura di sini:
Penjaga Gol Skuad B-16 Singapura Bakal Jalani Percubaan Dengan Cardiff City