Minggu lepas, Persatuan Bola Sepak UAE (UAE FA) secara rasmi telah memperkenalkan ketua jurulatih baharu mereka iaitu Jorge Luis Pinto yang berasal dari Colombia dalam misi memburu tempat ke saingan Piala Dunia 2022.
Pinto diberikan tugas untuk memperbaiki kedudukan dalam kumpulan G selepas pasukan itu hanya mampu mengutip 6 mata daripada 4 perlawanan yang diharungi.
Oleh itu, mereka melakukan persiapan awal dengan memanggil 28 pemain ke kem latihan pusat yang bermula sejak kelmarin. Pasukan ini turut berlepas ke Serbia untuk menjalani latihan di sana mulai esok sehingga 25 Ogos 2020.
Malaysia yang berada di kedudukan kedua bakal bertemu UAE pada 8 Oktober dan kini sedang mengkaji kekuatan skuad baharu Luis Pinto yang turut diperkuatkan oleh 2 pemain naturalisasi iaitu Fabio de Lima dan Sebastian Tigaliabue.
“Skuad UAE kali ini serius untuk layak ke pusingan seterusnya. Mereka amat memerlukan keputusan yang positif dalam baki perlawanan akan datang.
“Mereka ada skuad baru dan kami perlu membuat persiapan rapi apabila bertemu mereka. Sebagai jurulatih, saya akan buat yang terbaik untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai barisan Pinto.
“Bagaimanapun, penting untuk para pemain meningkatkan prestasi apabila saingan Liga Malaysia kembali bersambung bulan ini.
“Mental dan fizikal perlu berada dalam keadaan terbaik sebelum kalendar antarabangsa dibuka pada bulan Oktober,” kata Cheng Hoe dipetik dalam New Straits Times.
📹 تدريبات الأبيض في ستاد هزاع بن زايد ..@uaefa_ae@HBZstadium #منتخب_الإمارات pic.twitter.com/7UioIX0VvP
— UAE NT منتخب الإمارات (@UAEFNT) August 5, 2020
Cheng Hoe turut menjangkakan UAE akan mempamerkan corak permainan yang lebih baik berbanding ketika bertemu di Bukit Jalil pada tahun lepas berdasarkan taktikal yang diamalkan oleh Luis Pinto.
“UAE juga telah mengatur perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Tajikistan bulan depan.
“Saya percaya mereka akan mempunyai barisan yang berbeza apabila saingan kelayakan Piala Dunia kembali bersambung,”katanya.
Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya dijangka akan bermula pada 24 September ini.
“Kemungkinan 26 atau 27 pemain yang akan panggil seperti sebelum ini kerana saya mahukan kumpulan pemain lebih kecil agar sistem latihan dapat dijalankan dengan lebih teratur,” jelasnya.
Ketiadaan khidmat pemain tengah, Brendan Gan selepas pemain itu digantung akibat layangan kad kuning kedua dalam perlawanan bertemu Indonesia pada November tahun lepas bakal memberi peluang kepada penampilan pemain naturalisasi baharu, Liridon Krasniqi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.
26 Atau 27 Pemain Akan Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya
Vietnam Bertemu Iraq Di Hanoi Sebagai Ujian Terakhir Sebelum ‘Hadap’ Harimau Malaya
Kuwait Uji Kekuatan Harimau Malaya Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Bulan November