Skuad kebangsaan Vietnam yang dibimbing oleh Park Hang-seo dilaporkan akan mengadakan satu perlawanan persahabatan bertemu Iraq di Hanoi pada 8 Oktober 2020 sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
Perkembangan itu adalah berdasarkan artikel dari ZingNews yang melaporkan bahawa Persatuan Bolasepak Iraq (IFA) yang telah menghantar sudah jemputan bagi mengadakan perlawanan tersebut seperti tarikh diatas.
Ini juga merupakan kali ke-2 pihak IFA menjemput VFF untuk mengadakan perlawanan persahabatan selepas jemputan sebelum ini pada 26 Mac terpaksa dibatalkan akibat penularan virus COVID-19.
3 Sebab Iraq Pilih Vietnam Sebagai Lawan
Seperti yang dilaporkan oleh ZingNews, ada 3 sebab utama pasukan Iraq memilih Vietnam sebagai lawan untuk mempersiapkan pasukan dalam baki perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022.
Pertama, kualiti yang dimiliki oleh Vietnam adalah hampir setara dengan Iraq dimana kedua-dua buah pasukan pernah bertemu pada awal 2019 dalam kejohanan Piala Asia dan Iraq sekadar mencatatkan kemenangan dengan keputusan tipis 3-2.
Kualiti yang ada pada kedua-dua pasukan bakal membantu mereka memperkemaskan lagi persiapan untuk menghadapi lawan masing-masing selepas itu.
Kedua, dengan jadual perlawanan yang baru pada bulan Oktober nanti, tidak banyak pasukan yang free pada ketika itu kerana terlibat dengan perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Vietnam mahupun Iraq tidak mempunyai banyak pilihan.
Ketiga pula adalah berkaitan dengan geografi dimana pasukan Iraq akan turun beraksi menentang Hong Kong ditempat lawan pada 13 Oktober 2020 manakala Vietnam pula akan bertandang ke Kuala Lumpur bertemu Malaysia.
Oleh itu, Hanoi dilihat sebagai lokasi yang sempurna untuk mengadakan perlawanan persahabatan ini pada 8 Oktober yang bakal membantu kedua-dua pasukan melakukan persiapan akhir.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Luqman Hakim Terima ‘Lampu Hijau’ Dari KV Kortrijk, Perlu Dapatkan Kebenaran Terbang Segera