Selepas menerima beberapa khabar pemain-pemain lain yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan, Tan Cheng Hoe akhirnya telah memanggil pemain muda dari kelab JDT, Arif Aiman dan Kalamullah Al-Hafiz untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan menjelang kejohanan AFF Suzuki Cup 2020.
Menurut kemaskini yang dibuat oleh laman sosial rasmi FAM sebentar tadi, pemain berusia 19 tahun itu dipanggil bagi mengisi lompong yang ditinggalkan oleh pemain-pemain seperti Darren Lok, Akram Mahinan, Kenny Pallraj dan terkini Mohamadou Sumareh serta Azri Ghani yang mengalami kecederaan.
Arif Aiman Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya
Tan Cheng Hoe telah memanggil Arif Aiman Mohd Hanapi, 19, untuk melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, hari ini bagi menghadapi #AFFSuzukiCup2020 di Singapura.#FAM #HarimauMalaya #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/hfK3BvgTvf
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 2, 2021
Tidak dapat dinafikan, bahawa prestasi Arif Aiman dalam saingan musim 2021 secara keseluruhannya begitu baik sekali dan pastinya skuad kebangsaan Malaysia menagih aksi terbaik beliau dalam aksi AFF Suzuki Cup 2020 yang akan bermula beberapa hari sahaja lagi.
Malaysia akan membuka aksi dalam kejohanan itu pada 6 Disember nanti apabila akan berdepan dengan pasukan Kemboja di Stadium Bishan.
Walaupun skuad Tan Cheng Hoe kali ini bukanlah yang terbaik, tetapi separuh akhir adalah satu sasaran yang paling minimum perlu dicapai dan lebih penting lagi ia sebagai persiapan menuju kelayakan akhir kejohanan Piala Asia 2023 tahun hadapan.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Kuching City FC Buka Kedai Dobi Yang Pertama, Usaha Untuk Menjana Pendapatan Kelab
Video Kad Merah Safiq Rahim “Headbutt” Faisal Halim Persis Insiden Zidane Dengan Materazzi