Ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe dalam sidang media semalam menjelaskan bahawa sesi latihan pertama skuad kebangsaan berjalan dengan lancar, walaupun pemain dilihat agak keletihan selepas kembali dari cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Latihan kita pun tidak memberikan tumpuan kepada sesi yang memiliki intensiti tinggi, jadi kita harapkan pemain-pemain tidak mengalami kecederaan.

“Memang untuk hari pertama ini kita tahu bahawa bukan kita terus berlatih dengan intensiti tinggi. Sudah pasti kita akan mempertingkatkannya secara berkala, dan kita nampak suasana latihan kita nampak pemain-pemain cukup bersemangat dan fokus.

Tan Cheng Hoe juga menjelaskan bahawa dalam tempoh 2 hingga 3 hari lagi, tahap intensiti latihan akan dipertingkatkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kita harap lagi 3 hari lagi kita akan mempertingkatkan dari segi kecergasan setiap pemain dan kita nak pastikan pemain-pemain tidak mengalami kecederaan.

Objektif Yang Ingin Dicapai Dalam 2 Perlawanan Persahabatan Bertemu Kuwait Dan Bahrain

5 hari menjelang sepak mula perlawanan persahabatan bertemu Kuwait pada 23 Mei nanti, Tan Cheng Hoe menjelaskan objektif yang mahu dicapai oleh beliau sebelum menghadapi perlawanan dengan pasukan UAE.

“Ini adalah sebahagian dari perancangan dan persiapan kita selepas 18 bulan pemain-pemain kita tidak bermain dipentas antarabangsa. Inilah 2 perlawanan ujian yang cukup penting untuk skuad kebangsaan.”

“Kita akan menilai semula pemain-pemain yang hadir ke kem latihan kali ini serta memberikan peluang kepada muka-muka baharu supaya mereka juga boleh diserapkan ke dalam skuad utama nanti.”

186508521_462544224818819_2139156101731577578_n

Ketika menjawab soalan adalah skuad Malaysia memang mencari kemenangan dalam 2 perlawanan ujian itu, Tan Cheng Hoe menjelaskan seperti berikut;

“Sebagai jurulatih, kita memang mahu melihat dari segi permainan, tumpuan dan juga taktikal.”

“Kalau kita lihat kedua-dua pasukan (Kuwait dan Bahrain) ini mempunyai ranking FIFA yang lebih tinggi dan kita harap semuanya berjalan dengan lancar.”

“Kadang-kadang keputusan dalam perlawanan itu tidak boleh menilai sesuatu keputusan tetapi kita harapkan untuk mendapat keputusan yang yang positif untuk memberikan moral (keyakinan) untuk perlawanan akan datang nanti.

Kedudukan FIFA Ranking Kuwait, Bahrain & UAE

Berdasarkan kemaskini yang dibuat oleh FIFA pada 7 April 2021 yang lalu, kedudukan Kuwait hanya dibezakan dengan 5 anak tangga dimana mereka menghuni ranking ke 148 dunia dan Malaysia pula pada kedudukan ke 153.

Untuk pasukan Bahrain pula, mereka pada ketika ini berada dikedudukan ke 99 dunia dan pastinya perlawanan bertemu Bahrain ini akan memperlihatkan gambaran yang sebenar prestasi, momentum dan juga kemampuan kita untuk menghadapi UAE nanti.

Skuad UAE, kini menghuni tangga ke 73 dunia berkongsi kedudukan dengan pasukan Cabo Verde dan 1 anak tangga mengatasi skuad kebangsaan Afrika Selatan!

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

TCH: Liridon Krasniqi, Junior Eldstal Dan Guilherme de Paula Tambah Kekuatan Fizikal Pasukan

4 Pemain Disebut Tan Cheng Hoe Yang Akan Berikan ‘Depth’ Di Bahagian Pertahanan Malaysia

Ajax Amsterdam Cairkan Trofi Eredivisie, Hadiahkan ‘A Piece of Ajax’ Kepada 42,000 Pemegang ‘Season Pass’