Juara saingan Eredivisie musim 2020-2021, Ajax Amsterdam telah membuat satu keputusan yang unik untuk menghargai sokongan dari peminat-peminat mereka sepanjang musim lalu.

30 perlawanan berlangsung tanpa kehadiran penyokong di stadium, musim ini Ajax Amsterdam menjulang kejuaraan ke-35 mereka dan sebagai tanda penghargaan, pihak kelab memutuskan untuk meleburkan trofi itu bagi membentuk bintang yang dikenali sebagai ‘A Piece of Ajax’.

Semua 42,000 orang pemegang season pass Ajax Amsterdam akan menerima bintang ‘A Piece of Ajax’ itu yang mempunyai berat 3.35 gram setiap satu, dimana 0.06 gram daripadanya adalah dari trofi kejuaraan yang dimenangi musim ini.

Saksikan video ‘The Making – A Piece of Ajax’ diatas.

“Musim ini, sebahagian besar aksi kami tanpa kehadiran penonton di stadium. Walaupun begitu, kami merasai sokongan yang mereka berikan setiap minggu – dalam perjalanan ke stadium, sosial media dan melalui hubungan peribadi.”

“Sebelum ini, bila kami beritahu ‘kejuaraan ini untuk anda’, kami menzahirkan bagaimana kami lakukan untuk penyokong, walau bagaimanapun berkongsi trofi ini adalah bukti terunggul kami.”

1

“Selepas musim yang terumbang-ambing, kami pastikan penyokong menikmati sebahagian dari kejuaraan kita.”

Tindakan Ajax Amsterdam ini telah mendapat ‘sokongan’ dari Royal Dutch Football Association (KNVB) dimana mereka telah memberikan trofi ke-2 kepada kelab sebagai ganti.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

4 Pemain Disebut Tan Cheng Hoe Yang Akan Berikan ‘Depth’ Di Bahagian Pertahanan Malaysia

TCH: Liridon Krasniqi, Junior Eldstal Dan Guilherme de Paula Tambah Kekuatan Fizikal Pasukan

RASMI: AFC Sahkan DPR Korea Menarik Diri, ‘Menyusahkan’ Pasukan Lain Harungi Pusingan Kelayakan

Sumber