Dalam sesi bersama media petang semalam, sudah pastinya topik berkenaan posisi yang sebelum ini dipegang oleh Shahrul Saad menjadi perhatian dan persoalan itu diajukan terus kepada ketua jurulatih Malaysia Tan Cheng Hoe bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Ketika menjawab mengenai ‘kekosongan’ itu, Tan Cheng Hoe ada menyebut nama 4 pemain dalam senarai 25 pemain itu yang berpotensi untuk menggalas tugas diposisi tersebut.
Ketiadaan Shahrul Saad, Junior Eldstal Pengganti?
“Pastinya, tanpa Shahrul Saad merupakan satu kehilangan untuk pasukan.”
“Dia sudah bersama pasukan kebangsaan sejak saya mengambil alih skuad ini, dan dia memainkan peranan penting dalam pasukan terutama dibahagian pertahanan.”
“Kita mengharapkan pemain-pemain yang dipanggil seperti Junior Eldstal, Adam Nor Azlin, Irfan Zakaria dan Dominic Tan akan mampu memberikan ‘depth‘ yang diperlukan di barisan pertahanan.”
Berdasarkan nama 4 pemain ini, siapa pemain yang anda mahu untuk mengisi posisi tersebut?
Aksi dalam 2 perlawanan ujian nanti dijangka akan menjadi medan terbaik untuk melihat kombinasi terbaik untuk berdepan dengan pasukan dari Timur Tengah ini.
18 Hari Memadai Untuk Persiapan Pasukan
Tempoh 18 hari menjelang sepak mula perlawanan pusingan kelayakan itu nanti bagi Tan Cheng Hoe sudah memadai bagi melakukan persiapan.
Walaupun mungkin bagi sesetengah pihak ia merupakan satu tempoh masa yang singkat, ini komen Tan Cheng Hoe mengenai perkara itu.
“Kalau diikutkan, tempoh 18 hari untuk kita lakukan persiapan itu , saya rasa memang satu jangkamasa yang agak baik. Dengan adanya 2 perlawanan persahabatan, sedikit sebanyak akan memberikan kita gambaran lebih jelas dan terbaik selepas 18 bulan tidak bersama.
“Sememangnya (dalam tempoh tersebut) sedikit sebanyak boleh menjejaskan momentum pasukan. Pastinya sebagai jurulatih, kami sentiasa positif dengan apa yang kita ada sekarang.”
Cabaran Mempersiapkan Pasukan Selepas 18 Bulan.
18 bulan tidak beraksi bersama, jelas bukan satu tugas mudah untuk Tan Cheng Hoe bagi membentuk kembali shape dan momentum yang mantap seperti sebelum ini kerana dalam tempoh tersebut terlalu banyak perkara yang telah berlaku.
Namun, ketua jurulatih Malaysia itu jelas tenang dan menjelaskan bahawa beliau serta barisan kejurulatihan akan memerhatikan dengan lebih dekat dan jelas sebelum membuat keputusan menjelang perlawanan bertemu UAE nanti.
“Perkara paling penting bagi saya sebagai seorang ketua jurulatih adalah untuk melihat adakah pasukan mempamerkan peningkatan dari segi taktikal, permainan secara berpasukan serta secara individu.”
“Ini adalah perkara paling penting untuk diperhatikan dalam sesi latihan nanti.”
“Selain itu, kita ada 2 perlawanan ujian berdepan Kuwait dan Bahrain, dan kami barisan jurulatih akan melihat gambaran yang lebih jelas bagaimana pasukan kita akan turun beraksi (dalam perlawanan sebenar).”
“Tetapi, sekali lagi kita perlu ‘melihat’ pasukan lain juga, mereka melakukan persiapan yang baik. Pastinya, kita akan mendapat maklumat mengenai pasukan mereka melalui perlawanan ujian yang dilakukan.”
“Dari situ kita akan beritahu pemain dan mereka akan mempunyai keyakinan untuk mengharungi perlawanan yang boleh disifatkan seperti mini karnival ini.”
“Saya harap kita akan dapat mencabar pihak lawan dan mendapat keputusan yang positif nanti.”
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
TCH: Liridon Krasniqi, Junior Eldstal Dan Guilherme de Paula Tambah Kekuatan Fizikal Pasukan
RASMI: AFC Sahkan DPR Korea Menarik Diri, ‘Menyusahkan’ Pasukan Lain Harungi Pusingan Kelayakan
TERKINI: Cerezo Osaka ‘Lepaskan’ Dang Van Lam Untuk Bersama Skuad Vietnam, Terbang Terus Ke UAE