Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menganggap barisan serangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan dibarisi oleh empat pemain akan menghadirkan ancaman yang tersendiri khususnya kepada barisan pertahanan negara.
UAE mendapat kekuatan tambahan di bahagian serangan apabila bakal diperkuatkan oleh tiga pemain naturalisasi iaitu Sebastian Tagliabue, Fabio Lima dan Caio Canedo Correa.
Penyerang sedia ada, Ali Mabkhout pula sedang berada dalam prestasi terbaik dimana beliau ketika ini menjadi penjaring terbanyak Liga UAE dan perkara ini sedikit-sebanyak merisaukan Cheng Hoe.
“UAE memang fokus di bahagian serangan disebabkan ingin mendapatkan kemenangan dalam empat perlawanan terakhir peringkat kelayakan.
“Ali Makhbout adalah penyerang yang banyak menyumbangkan gol buat UAE, pertahanan negara perlu fokus kepada bahagian serangan lawan,” katanya menurut laporan Stadium Astro.
Ali menjaringkan dua gol ketika Malaysia bertemu UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan pertama kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada September 2019.
Pemain kelab Al-Jazira itu menjaringkan hatrik pada perlawanan pemanas badan menentang India bulan lalu. Sebastian Tagliabue dan juga Fabio Lima turut menyumbang satu gol pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Zabeel, Dubai.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Kuala Lumpur City Kehilangan Khidmat Dominique Da Sylva, Terpaksa Berehat Dua Minggu
Penyerang Berbisa Myanmar, Aung Kaung Mann Bakal Sertai Sri Pahang Bulan Depan