Bekas ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti menegaskan apa yang dilakukan oleh skuad Penyu pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu sebagai satu kebiasaan dalam bola sepak.
Pengendali JDT, Benjamin Mora menganggap Terengganu kerap melambatkan permainan dengan berpura-pura mengalami serta berkampung di laman sendiri sekaligus menyebabkan pasukannya gagal meraih kemenangan dimana mereka tewas dengan keputusan 1-0.
“Pada saya, TFC bermain dengan sangat baik pada perlawanan itu. Jadi, alasan JDT itu nampak tidak begitu kena dan mereka perlu cari sebab yang lain mengapa mereka tidak dapat meraih kemenangan pada perlawanan terbabit.
“Tetapi macam kita berniaga, sudah tentu kita ada cara yang tersendiri untuk menjalankan perniagaan dan mendapat keuntungan.
“Jadi, begitu jugalah dengan bola sepak, sudah tentu ada beberapa ‘trick’ yang boleh digunakan oleh sesuatu pasukan untuk meraih kemenangan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 0-1 @FCTerengganu
Terengganu FC lebur rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim musim ini menerusi jaringan Hakimi Abdullah pada minit ke-57.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/6010cqeI70
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 25, 2021
Hakimi Abdullah menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan satu-satunya gol pada separuh masa kedua sekaligus memberi kemenangan kepada kelab dari Pantai Timur itu.
Terengganu kini menduduki tangga kedua dibelakang JDT dengan perolehan 21 mata, dua mata di belakang JDT.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Penyerang Berbisa Myanmar, Aung Kaung Mann Bakal Sertai Sri Pahang Bulan Depan
UiTM FC Lepaskan Dua Tonggak Import, Tandatangani Bekas Pemain