Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe gembira dengan perkembangan yang ditampilkan oleh penyerang muda negara, Luqman Hakim ketika kem latihan pusat pasukan negara.
Menurut Cheng Hoe, bukan sahaja dari segi fizikal yang meningkat malah pemain berusia 19 tahun itu turut berkembang di aspek lain seperti teknikal.
“Daripada segi fizikal dan kekuatan, memang nampak peningkatan yang sebegitu mendadak.
“Daripada segi teknik dan hantaran, dia berada di tahap yang cukup baik sebagai penyerang kebangsaan bagi masa depan.
“Kami berharap dalam sembilan hari ini, Luqman dapat bekerja sama sebagai satu pasukan kerana setiap pemain apabila datang ke skuad kebangsaan, mereka tahu tugas mereka,” katanya menurut laporan Stadium Astro.
Selain Luqman Hakim, Tan Cheng Hoe turut memanggil dua lagi pemain muda iaitu pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Ramadhan Saifullah dan penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim.
Ini merupakan kali pertama Luqman menjalani latihan bersama skuad senior dimana sebelum ini beliau beraksi bersama skuad B-19 dan B-22 tahun.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Faktor Utama Mengapa Thomas Dooley “Direhatkan” Sebagai Pengendali Sri Pahang