Kelab gergasi Singapura, Tampines Rovers mengesahkan tempat dalam AFC Champions League (ACL) pada tahun depan apabila mencatat keputusan seri 1-1 ke atas pencabar terdekat, Lion City Sailors dalam saingan Liga Perdana Singapura (SPL) semalam.
Tampines adalah kelab kelima Asia Tenggara yang layak ke ACL selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Malaysia, BG Pathum United dari Thailand, United City dari Filipina serta Viettel FC dari Vietnam.
Dalam perlawanan itu, Lion City terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui bekas pemain JDT, Shahril Ishak pada minit ke 45. Memasuki separuh masa kedua, Tampines berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 62.
Keputusan tersebut meletakkan Lion City Sailors ditangga ketiga liga sekaligus meraih slot ke saingan AFC Cup musim depan. Manakala slot kedua AFC Cup masih menjadi rebutan diantara pasukan Balestier Khalsa dan Geylang International.
📊 This is how it reflects in the #SPL standings #GameOn pic.twitter.com/cNM11Bv7N9
— Singapore Premier League (@SGPremierLeague) December 3, 2020
Berdasarkan kedudukan semasa, Albirex Niigata kini merupakan pendahulu liga namun mereka tidak layak beraksi di ACL kerana status pasukan jemputan dari Jepun. Oleh itu, slot ACL diberikan kepada pasukan tempatan yang berada di kedudukan kedua.
Meskipun mencipta sejarah layak ke kejohanan kelab kelas tertinggi asia itu namun keputusan seri itu turut menjejaskan peluang Tampines Rovers untuk muncul sebagai juara liga selepas Albirex Niigata mencatat kemenangan 3-0 ke atas Hougang United.
Albirex berpeluang dinobatkan sebagai juara SPL buat kali keempat jika mereka berjaya menewaskan Hougang United pada perlawanan terakhir esok.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Bintang Muda Indonesia, Bagus Kahfi Bakal Sertai Kelab Belanda, FC Utrecht
Jurulatih UAE Dipecat Lagi, Zoran Mamic Bakal Ganti Tempat Jorge Luis Pinto