Penyerang kelab United City FC dalam saingan Philippines Football League (PFL) yang berasal dari Sepanyol, Bienvenido Maranon dilaporkan sudah menerima kelulusan dari pihak Justice Committee of the House of Representatives semalam dan ini adalah satu langkah besar ke peringkat seterusnya untuk memiliki kerakyatan Filipina.

Bienvenido Maranon yang kini berusia 34 tahun sebelum ini telah beraksi dengan Ceres-Negros sejak tiba di Filipina kira-kira 6 tahun lalu berjaya membuktikan beliau adalah pemain yang hebat apabila membantu kelab tersebut layak ke ASEAN Zonal Final dalam kejohanan AFC Cup 2017 dan 2018.

“Dalam karier beliau selama 5 tahun di Filipina, Maranon telah mempamerkan kualiti dan kemahiran tinggi selain etika kerja yang terpuji. Dia kini dikenali sebagai salah seorang penjaring gol prolifik di Asia Tenggara.”

“Sekiranya Maranon berjaya menerima kerakyatan Filipina, beliau akan menjadi aset tidak ternilai dalam skuad The Azkals, selain akan memberikan satu rasa bangga dan hormat untuk negara. Ini adalah peluang untuk kongres menyumbangkan sesuatu kepada kejayaan bola sepak diperingkat antarabangsa.”

evvllohhuuuuizdbprhl

Memetik artikel yang diterbitkan oleh SPIN.PH semalam, Maranon sendiri menyatakan hasrat beliau untuk menyarung jersi skuad The Azkals untuk membantu pasukan itu dalam kejohanan-kejohanan penting.

“Saya mahu menjadi rakyat Filipina kerana cintakan negara dan orang disini.”

“Saya mahu beraksi untuk The Azkals kerana saya rasa saya adalah warga Filipina sejak tiba disini dan mahu membantu mereka layak ke Piala Dunia, beraksi di Piala Asia dan menang kejohanan AFF Suzuki Cup.”

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh pihak AFC dilaman web mereka bertarikh 12 Mac 2020, Bienvenido Maranon adalah penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam kejohanan AFC Cup sejak ia diperkenalkan dengan 35 gol.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

RASMI: Persija Jakarta Umum Ryuji Utomo Dipinjamkan Ke Pasukan Pulau Pinang Musim 2021

Kelantan United Jalin Kerjasama Dengan Yakult Malaysia, Dijangka Akan Ada Pemain Dan Jurulatih Jepun Musim 2021

FA Thailand Mahu Anjur Liga U21 Mulai 2021, Platform Akira Nishino Pantau Pemain Generasi Baharu

Sumber