Impian pemain muda Indonesia, Amiruddin Bagus Kahfi untuk beraksi dengan kelab eropah akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau ditawarkan kontrak selama 18 bulan menyertai kelab Liga Eredivisie, FC Utrecht.
Bagaimanapun, pemain yang berusia 18 tahun itu tidak akan beraksi dengan pasukan utama sebaliknya beliau terlebih dahulu akan menyertai pasukan ‘feeder club’ iaitu Jong Utrecht dalam saingan liga divisyen 2.
Namun begitu, Bagus Kahfi juga belum tentu turun menjalani latihan selepas menandatangani kontrak secara rasmi kerana beliau perlu menjalani proses pemulihan kecederaan yang dialami selama 7 bulan dengan kelab tersebut.
“Bagus Kahfi dikontrakkan selama 18 bulan. Baki tujuh bulan sehingga pertengahan musim depan dikira sebagai ‘recovery’. Sebab dia perlu menjalani proses pemulihan,” kata pemilik program Garuda Select, Mirwan Suwarno.
BREAKING: According to the representative of Mola TV, Mirwan Suwarso, the finalization of Bagus Kahfi's transfer to FC Utrecht will be completed in the next few days!
YESSS 🙌
Source: Bolacom pic.twitter.com/oZkEpN3G37— footballIndonesia (@footballinanews) December 2, 2020
Mengenai peluang beraksi dalam kesebelasan utama, Mirwan Suwarno juga tidak begitu pasti bagaimana FC Utrecht akan menilai kemampuan pemain tersebut sebelum disenaraikan dalam pasukan ‘match day’.
“Saya tidak tahu apakah Bagus Kahfi boleh diturunkan untuk beraksi dengan Jong Utrecht atau skuad senior Utrecht,” jelasnya.
Bagus juga merupakan satu lagi pemain muda dari Asia Tenggara yang berkelana ke kelab eropah seperti mana pemain negara, Luqman Hakim Shamsudin mencipta sejarah buat penampilan pertama dengan kelab Belgium, KV Kortrijk.
Kedua-dua pemain ini pernah berentap dalam kejohanan AFF B-18 di Vietnam pada tahun 2019 dimana Malaysia berjaya menewaskan Indonesia, 4-3 di peringkat separuh akhir.
Meskipun menyertai FC Utrecht, Bagus Kahfi tetap pulang ke Indoensia jika mendapat panggilan untuk menyertai kem skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Dunia bawah 20 tahun pada 2021 nanti.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Jurulatih UAE Dipecat Lagi, Zoran Mamic Bakal Ganti Tempat Jorge Luis Pinto
Diogo Luis Santo Mahu Menangi Takhta Thai League 1 Bersama BG Pathum United
Jurulatih Bali United Tak Tahu Pemainnya Diburu Oleh Kelab Liga Malaysia