Green Brigade merujuk kepada Ultras Celtic, dikenali dengan semangat mereka yang sentiasa membuat solidariti menyokong Palestin secara terbuka.
Baca Juga:
- Zinchenko Dituduh Hipokrit Kerana Terbuka Sokong Israel
- Palestin Berisiko Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka 2023
- Palestin Dan Lubnan Mungkin Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka
Green Brigade antara ultras yang tidak disukai UEFA kerana sudah beberapa kali didenda kerana memaparkan mesej menyokong Palestin secara terbuka. UEFA menuduh mereka bermain dengan sentimen politik yang tak dibenarkan dalam bola sepak.
Mereka adalah ultras yang paling banyak didenda kerana solidariti kepada Palestin.
Pergolakan di Tebing Barat berlaku lagi. Di mana rakyat Palestin ramai menjadi mangsa serangan Israel di tengah tengah konflik melanda.
Green Brigade semalam menentang Kilmarnock telah memaparkan mesej pro Palestin secara terbuka di dalam stadium mereka.
Green Brigade once again at the political forefront, with "Free Palestine" & "Victory to the Resistance" banners + Hamas Flag on display at the Celtic – Kilmarnock game today.
Sentiments that many on the left agree with but will not publicly declare. pic.twitter.com/IJH7vjhcLo
— The Fast Lovin' Sin-Soaked Heathen (@fast_sin) October 7, 2023
Bukan itu sahaja, grafiti Free Palestine turut dilakar di beberapa tempat tanda sokongan pembebasan Palestine.
Pada 2014, Celtic pernah didenda £15,000 kerana kelakuan penyokong mereka. Ianya selepas Green Brigade mengibarkan bendera Palestin dalam aksi menentang KR Reykjavik.
2 tahun kemudian satu lagi denda dikenakan ke atas kelab itu apabila Ultras mereka melakukan perkara yang sama ketika aksi berdepan kelab Israel dalam UCL. Celtic menang 5-2 ke atas Hapoel Beer Sheva pada masa itu.
Pada 2022, Green Brigade mengadakan satu lagi solidariti buat Palestin.
Green Brigade show solidarity with Nablus and all of Palestine.
In recent weeks, Nablus and other parts of Palestine have been besieged as the Israeli Occupation brutally targets those who resist the illegal occupation of Palestine.
More info:https://t.co/VbojDEl7rn pic.twitter.com/qxk83mD2Zd
— North Curve Celtic (@NCCeltic) October 26, 2022
Green Brigade pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sangat memahami perasaan rakyat Palestin dan menentang dasar apaertheid.
Jurucakap Green Brigades pernah menyatakan: “Kami bersolidariti untuk meningkatkan kesedaran kerana ini adalah perkara yang betul untuk kita lakukan.”
“Kami nak orang Palestin tahu bahawa kami sentiasa memikirkan mereka dan mahu mendesak kerajaan Scotland untuk bertindak dan membantu mencari keadilan buat Palestin.”
Satu lagi kisah paling popular, pada 2017, Celtic dan FA Scotland diminta membayar £8,700 kerana solidariti Ultras Celtic kepada Palestine. Dan pada masa itu Green Brigade membuka tabung sumbangan. Ianya mendapat sokongan seluruh dunia sehingga mengumpul £170,000.
Mereka menghantar £8,700 kepada FA Scotland dan bakinya semua disalurkan kepada mangsa kekejaman Israel di Palestin. Ianya digunakan untuk membeli makanan, ubat ubatan dan kelengkapan lain.
Tindakan terbaru Green Brigade ini dijangka akan mengundang respon UEFA. Kerana kes terdahulu, dan mereka sudah diberikan amaran untuk tak mengulangi kesalahan sama.