Kelab Danish Superliga, FC Midtjylland menewaskan wakil Scotland, Celtic pada aksi kelayakan pusingan kedua saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2021/2022.
Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan pertama dimana Liel Abada dan Evander masing-masing menjaringkan gol pada aksi yang dilangsungkan di Celtic Park.
Pada perlawanan kedua, Midtjylland pada mulanya ketinggalan apabila Callum McGregor terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Celtic pada minit ke-48.
WHAT A NIGHT. WHAT A WIN. 🖤❤#FCMCEL pic.twitter.com/TKpb55DJM5
— FC Midtjylland (@fcmidtjylland) July 28, 2021
Awer Mabil menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61 sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan. Raphael Onyedika Nwadike menjadi wira Midtjylland apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94 dan memastikan kelab itu mara ke pusingan ketiga kelayakan.
Pemain pertahanan negara, Dion Johan Cools turut terlibat dalam perlawanan semalam dimana beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-96 bagi menggantikan Joel Andersson.
106' | Substitution
➡ Cools
⬅ Andersson#FCMCEL | 2-1— FC Midtjylland (@fcmidtjylland) July 28, 2021
Pada perlawanan kelayakan pusingan ketiga, Midtjylland akan menentang kepab Eredivisie Belanda, PSV Eindhoven yang menewaskan kelab Turki, Galatasaray pada perlawanan kelayakan pusingan kedua.
Skuad bimbingan Roger Schmidt itu memenangi perlawanan kelayakan pusingan kedua dengan agregat 7-2.
Baca artikel lain mengenai lain perkembangan bola sepak Eropah di sini:
Allgeri Dengan Jujur Beri Sebab Kenapa Bonucci Tak Layak Jadi Kapten Berbanding Dybala
Manchester United Bayar £35 Juta Untuk Varane, Medikal Minggu Hadapan