Pemain bintang skuad kebangsaan Iran, Sardar Azmoun semakin hampir untuk berhijah ke saingan Bundesliga dengan menyertai Bayer Leverkusen.
Menurut perkongsian wartawan TUTTO Mercato, Andrea Losapio, Leverkusen menawarkan €18 Juta atau RM90 Juta kepada kelab Rusia, Zenit St Petersburg bagi mendapatkan khidmat Azmoun.
Namun, Zenit meminta Leverkusen untuk menambah sebanyak €2 Juta lagi kerana mereka perlu membayar klausa perpindahan kepada kelab lama Azmoun, Rubin Kazan.
Serdar #Azmoun 🇮🇷 is closing in to #Bayer Leverkusen. Offered18 millions euro, #Zenit asks 20 because of the resell clause from Rubin Kazan (20%). Deal close to the end
— Andrea Losapio (@Losapiotmw) July 26, 2021
Sardar Azmoun antara pemain Iran yang sudah lama beraksi di Eropah dimana beliau kebanyakannya beraksi dalam saingan Liga Premier Rusia.
Pemain berusia 26 tahun ini mula beraksi bersama Rubin Kazan pada musim 2013 hingga 2016. Azmoun juga pernah dipinjamkan ke FC Rostov sebelum dijual kepada Zenit pada musim 2019/2020.
Sepanjang beraksi di Rusia, Azmoun telah memenangi saingan liga sebanyak tiga kali, Piala Rusia sebanyak satu kali dan Russian Super Cup sebanyak dua kali.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini: