Kurang daripada 24 jam selepas lembaga Celtic mengecam Green Brigade, persatuan penyokong Celtic itu terus menggesa peminat untuk membawa bendera Palestin ke perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Atletico Madrid dalam masa dua minggu lagi.

Baca Juga:

Celtic sekali lagi bercanggah pendapat dengan penyokong mereka sama seperti sebelum ini dalam isu berkaitan Palestin. Pada 2016 Celtic didenda oleh UEFA kerana beribu-ribu bendera Palestin dikibarkan pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang pasukan Israel Hapoel Be’er Sheva.

Isu itu menjadi global dengan lebih £170,000 dikumpul sebagai derma dengan baki selepas membayar denda UEFA disalurkan kepada badan amal di Palestin. Dan Green Brigade mengingatkan Celtic mereka sanggup bertanggungjawab membayar denda itu, jangan risau.

Sepanjang dekad yang lalu lembaga Celtic telah menunjukkan pendirian mereka kerap bercanggah dengan penyokong. Namun Ultras Celtic sentiasa faham bahawa ultras dan pemilik pasukan bola sepak sentiasa tidak sehaluan.

Celtic menasihati peminat mereka jangan mengibarkan bendera Palestin kerana:  ‘Celtic adalah kelab bola sepak bukannya pertubuhan politik.

Pertubuhan penyokong Celtic, Green Brigade, berdemonstrasi menyokong Palestin pada baru baru ini. Membuatkan kelab mengutuk tindakan mereka. Namun Green Brigade sudah berikrar bahawa mereka tak akan tunduk.

“Kami tidak boleh menghentikan pengurusan yang ada masalah otak,” tegas Green Brigade menyindir lembaga Pengarah Celtic yang dianggap hipokrit.

Green Brigade juga mengecam kelab yang dianggap ‘menjilat’ Israel hanya kerana ada pemain dari sana bernama Liel Abda yang merengek mahu kelab menegur Green Brigade yang menurut Abda yang melabel Palestin dan Hamas sebagai pengganas.

Pada perlawanan Celtic menentang Kilmarnock pada Sabtu lalu, ianya adalah hari perang meletus di Gaza, pertubuhan penyokong Celtic, Green Brigade, berdemonstrasi mengibarkan bendera Palestin dan papan tanda bertulis “Bebaskan Palestin” dan “Kemenangan untuk penentangan.”

Tak Takut Hukuman UEFA, Green Brigade Terbuka Buat Solidariti Bebaskan Palestin

Bekas pemin Celtic berketurunan Yahudi, Nir Bitton mengecam Green Brigade yang dianggap tidak betul. Kemudian Liel Abda mendesak kelab campur tangan untuk menghentikan penyokong Green Brigade daripada terus menyokong Palestin.

Celtic mengeluarkan kenyataan: “Semua isyarat dan simbol yang muncul pada perlawanan itu tidak mewakili pandangan kelab. Dan kami mengutuk mereka, Celtic adalah kelab bola sepak dan bukan organisasi politik,” tulis pasukan itu.

Green Brigade tidak berdiam diri. Mereka menghentam kelab mereka dengan berkata: “Kami sebagai organisasi yang ada rasa simpati mempunyai hak untuk menyatakan pandangan dunia politik kami, sama seperti setiap rakyat dunia dibenarkan berbuat demikian.”

“Bola sepak kekal sebagai salah satu daripada beberapa tempat di mana kelas pekerja benar-benar boleh menyatakan pandangan politik mereka. Pengurusan elitis, yang telah berulang kali menentang sejarah dan tradisi Celtic, tidak dapat mungkin dapat menghentikan kami.”

“Celtic dilahirkan daripada penindasan, kematian dan imigrasi besar-besaran. Dari sejarah ini, peminat Celtic terkenal dengan empati dan solidariti mereka, secara konsisten berpihak kepada yang tertindas dan miskin.”

Green Brigade turut membandingkan kelab di seluruh eropah ramai menyatakan simpati dan sokongan kepada Ukraine namun kenapa apabila tiba kepada Palestin ianya dianggap satu kesalahan?

“Mesej politik dialu-alukan di Celtic Park. Dengan akal waras kita persoalkan, ‘Mengapa nyawa Ukraine lebih suci daripada nyawa di Palestin?'”

“Kami akan kekal berdiri menyokong rakyat Palestin. Menganjurkan solidariti dan doa untuk rakyat Palestin pada masa di mana kebanyakan komuniti dunia bertukar menjadi pengecut.”

“Kami menyeru kepada semua penyokong Celtic untuk berdiri dengan sejarah kelab kita. Pada 25 Oktober, melawan Atletico Madrid, kami menyeru semua penyokong Celtic mengibarkan bendera Palestin di pentas eropah.”

“Ayuh kuta tunjukkan kepada dunia bahawa kita berdiri di belakang puak yang ditindas bukannya sang penindas. Jika kita sentiasa kekal neutral dalam semua perkara berkaitan penindasan, bermakna kita sebenarnya memilih untuk berada di pihak penindas.”