Kebiasaannya pemain bola sepak mendapat kad merah dalam satu-satu perlawanan adalah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain pasukan lawan atau terlibat dengan pergaduhan.

Cerita berbeza bagaimanapun terpaksa dilalui oleh Dru Anthony Yearwood apabila beliau diperintahkan keluar padang ekoran ketelanjuran perbuatannya pada lewat permainan.

Pemain New York Red Bulls Ini Dikaitkan Dengan Skuad Kebangsaan Vietnam, Nilai Transfermarkt RM3.49 Juta

Mungkin kerana kecewa pasukannya ketinggalan dua gol ketika bertemu Philadelphia Union, pemain tengah New York Red Bulls itu bertindak melulu dengan menyepak bola ke arah tempat duduk penyokong.

Yearwood jelas tidak bernasib baik apabila sepakannya itu terkena seorang penyokong wanita dan seorang lagi kanak-kanak lelaki.

Beliau pantas menuju ke arah penyokong tersebut untuk meminta maaf namun dihalang oleh seorang penyokong yang lain dan meminta supaya Yearwood kembali semula ke padang.

Pengadil yang pada mulanya mahu memberikan kad kuning kerana kekasaran sebelum insiden tersebut terus mengubah fikiran bagi melayangkan kad merah buat pemain berusia 22 tahun itu.

Sedar kesilapan dilakukannya, Yearwood membuat permohonan maaf rasmi dan mengakui kesalahannya.

“Saya mahu meminta maaf jauh di lubuk hati kepada peminat yang terkena bola sepakan saya pada Sabtu lalu.”

“Saya telah mengecewakan semua pihak dan juga kepada semua penyokong New York Red Bulls. Saya berharap agar penyokong tersebut berada dalam keadaan baik dan mereka dapat memaafkan saya.”

Pihak Major League Soccer turut memberikan tindak balas pantas dengan memberikan jaminan keselamatan penyokong menjadi keutamaan serta akan terus berhubung dengan keluarga mangsa bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik.

Kredit Featured Image: New York Red Bulls

Sumber