Pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan MLS Next Pro bersama kelabnya, St. Louis City 2 dimana pemain itu membantu pasukannya meraih kemenangan.
Baca Juga:
- Pendapat Bapa Tidak Mewakili Wan Kuzain
- Wan Kuzain Dan Wan Kuzri Sedia Beraksi Bersama Malaysia
- “Tunggu Hujung Tahun Ini,” – Bapa Wan Kuzain Beri Bayangan Kemunculan Anaknya Dalam Piala Suzuki AFF 2020
Menurut perkongsian Harimau Abroad di laman media sosial X, Kuzain menjaringkan satu gol ketika St Louis menewaskan Real Monarch 4-0 dalam saingan liga baru-baru ini.
🇺🇸 Wan Kuzain came on as a second-half sub and scored in St Louis CITY2's 4-0 win over Real Monarchs today. It was his fifth goal involvement (four goals + one assist) in his last 10 games.pic.twitter.com/x5Fd9h7Mpe
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) August 7, 2023
Wan Kuzain memulakan perlawanan di bangku simpanan dan beliau dimasukkan pada separuh masa kedua oleh pengendali pasukan setelah St Louis selesa berada di hadapan.
Pemain berusia 25 tahun itu menyempurnakan bola muntah pada minit ke-89 dengan melakukan rembatan leret ke tepi gawang pasukan lawan sekaligus menjaringkan gol keempat buat pasukannya.
Gol yang dihasilkan oleh Kuzain menjadi jaringan keempat pemain itu dalam 10 perlawanan terakhir saingan MLS Next Pro, yang mana beliau turut menyumbang empat bantuan gol.
Sebelum ini, bapa kepada Kuzain iaitu Wan Kamal menegaskan pemain itu dan adiknya, Wan Kuzri sedia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
Dalam satu komen di laman media sosial Facebook baru-baru ini, Wan Kamal berkata kedua-dua anaknya kekal beraksi di Amerika Syarikat dan tidak mempunyai masalah untuk menyumbang kepada pasukan negara.
“Semua kena faham seperti sukan lain, bola sepak profesional adalah karier yang perlukan aksi kompetitif. Saya percaya Wan Kuzain dan Wan Kuzri akan kekal bersaing dalam kelab di Amerika Syarikat.
“Namun, jika mereka juga tidak mempunyai masalah jika mendapatkan ruang serta peluang untuk mewakili skuad Harimau malaya pada masa akan datang. Sudah tentu mereka gembira untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan kebangsaan,” katanya.