Pemain tengah Aston Villa, Youri Tielemans dikatakan terus tidak berpuas hati dengan Unai Emery yang masih tidak menjadikan dia pemain kesebelasan utama yang konsisten.

Baca Juga:

Youri Tielemans mendapat banyak tawaran dari kelab lain sebelum ini namun memilih untuk menyertai Aston Villa secara percuma.

Dia sebelum itu menyatakan bahawa dia mahu pergi ke kelab lebih besar kerana Leicester terlalu kecil untuk bakat seperti dia.

Dan dia mulai menyatakan kekecewaannya kepada Unai Emery beberapa bulan lalu. Di mana pada masa itu dia menyindir Unai Emery dengan mempersoalkan kenapa pengurus itu tidak mahu menurunkannya sebagai pemain tengah yang utama.

“Saya memberitahu Emery bahawa saya datang ke Villa untuk bermain. Dia faham dengan saya, namun buat masa ini, dia terus memilih untuk menurunkan gandingan 2 pemain tengah musim lalu,” tegas Tielmans kepada media Belgium ketika minggu antarabangsa sebelum ini.

Dan kini, dalam satu lagi minggu antarabangsa, Tielmans terus menyatakan kekecewannya. Kerana Douglas Luiz dan Boubacar Kamara terus menjadi pilihan utama di bahagian tengah.

Di mana kedua dua pemain itu dianggap dalam prestasi terbaik mereka di tengah sejak musim lalu lagi.

Tielmans sudah memberitahu ejennya bahawa dia mahu meninggalkan Aston Villa pada Januari akan datang kerana mahu menyelamatkan tempatnya dalam kesebelasan utama Belgium di Euro 2024.

Tielemans dikatakan semakin hilang sabar dengan Unai Emery yang dianggap hanya memberikan janji manis sahaja kepadanya ketika memujuk dia menyertai Aston Villa sebagai ejen bebas.