Mourinho bengang kerana tak dapat penalti yang menurutnya selayaknya mereka dapat dalam aksi menentang Atalanta.

Baca Juga:

Lalu, Jose Mourinho meminta anak anak buahnya agar rajin-rajinkanlah diri ‘diving’ selepas ini. Ianya berikutan AS Roma kalah di tangan Atalanta dalam aksi Serie A hujung minggu lalu.

AS Roma terpaksa menanggung malu di hadapan penyokong sendiri ketika menjamu kunjungan Atalanta di Stadio Olimpico.

Dalam perlawanan itu, AS Roma terpaksa menelan kekalahan pahit dengan jaringan tipis 0-1 daripada Atalanta.

Gol tunggal Atalanta dijaringkan oleh Giorgio Scalvini pada minit ke-35.

AS Roma telah mendominasi permainan dengan penguasaan bola yang agak tinggi berbanding dengan lawan mereka.

Oleh sebab itu Mourinho menegaskan bahawa perlawanan ini seharusnya dimenangi dengan mudah AS Roma yang melakukan 21 percubaan ke arah gol berbanding hanya 5 yang dilakukan oleh Atalanta.

AS Roma juga membantah keputusan pengadil yang tidak memberikan penalti kepada mereka selepas Nicolo Zaniolo dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-54.

Caleb Okoli, bersaing dengan Nicolo Zaniolo, dan telah membuatkan pemain Roma itu terjatuh.

Mourinho bengang dengan pengadil dan menceroboh padang untuk meminta penalti. Membuatkan dia dilayangkan kad merah.

Pengadil Daniele Chiffi menilai bahawa ini bukan pelanggaran dan bantahan dari kem AS Roma adalah tidak diterima.

Mourinho tidak dapat menerima keputusan itu kerana pengadil enggan menyemak melalui Video Pembantu Pengadil (VAR).

Pundit percaya, selepas melihat ulang tayang menunjukkan bahawa pengadil membuat keputusan yang tepat untuk tidak memberikan penalti.

Selepas perlawanan itu, Mourinho masih tidak berpuas dengan keputusan pengadil Daniele Chiffi dalam perlawanan itu. Dia masih percaya bahawa mereka berhak mendapat penalti.

Mourinho tidak faham mengapa Daniele Chiffi masih menganggap kejadian itu bukan sebagai satu pelanggaran dan Roma tak dapat penalti. Dan ia berjanji akan mengingatkan para  pemainnya untuk melakukan simulasi seperti seorang badut di atas kolam renang.

“Ada penalti yang sangat jelas. Saya bertanya kepada pengadil selepas itu mengapa, dan memintanya menjelaskan kepada saya. Ini kerana Zaniolo telah dijatuhkan,” kata Mourinho.

Kerana kekecewaan itu, Mourinho mengakui dia akan meminta anak-anak buahnya selepas ini supaya rajin ‘terjun’ ketika perlawanan.

“Oleh itu, saya perlu menukar nasihat saya kepada pemain saya, saya perlu memberitahu mereka jangan cuba untuk terus berdiri, jangan bermain bola, jadilah badut seperti kebanyakan orang yang terjun dalam kolam seperti yang mereka lakukan dalam liga ini, kerana jelas itulah caranya.”

“Dan anda mendapat penalti,” kata Mourinho.

Selepas mengalami kekalahan kepada Atalanta, AS Roma kini hanya menduduki tangga keenam dalam kedudukan Serie A.