Persatuan Bola Sepak Tajikistan (FFT) dalam satu kemaskini dilaman web rasmi mereka telah mendedahkan bahawa saingan pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2023 akan dilangsungkan pada bulan Februari tahun hadapan.
Mengikut jadual semasa, perlawanan kelayakan itu sepatutnya dilangsungkan pada bulan November ini tetapi berdasarkan maklumat dari FFT itu, berkemungkinan tarikh baharu masih belum diumumkan secara rasmi.
Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang sudah sah layak ke peringkat kumpulan pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2023 dan baki 8 slot yang akan ditentukan melalui play-off bagi melengkapkan senarai 24 pasukan bertanding.
https://twitter.com/vocketfc/status/1405035378973634560?s=20
Sebanyak 24 pasukan akan dibahagikan kepada 6 kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan) dan juara serta naib juara setiap kumpulan (12 pasukan) akan layak ke aksi Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di China.
СБОРНОЙ ТАДЖИКИСТАНА НЕ ХВАТИЛО ЧЕТЫРЕХ ГОЛОВ ДЛЯ ВЫХОДА В ТРЕТИЙ РАУНД ОТБОРОЧНОГО ТУРНИРА ЧМ-2022
Сборная Таджикистана завершила свое выступление в отборочном турнире ЧМ-2022. Для выхода в третий раунд нашей команде не хватило всего четырех забитых мячейhttps://t.co/7KlJKWPdCH pic.twitter.com/xgbV6tKUF3— Tajikistan Football (@fft_official) June 15, 2021
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak beraksi di kejohanan Piala Asia secara merit adalah pada tahun 1980 apabila muncul naib juara kumpulan 3 dibelakang Korea Utara.
Sama-sama kita memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan Malaysia untuk layak secara merit ke kejohanan Piala Asia 2023 selepas hampir 40 tahun.
Nota: Malaysia juga layak ke Piala Asia 2007 selaku tuan rumah bersama Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang kami sediakan seperti dibawah.
Subkhiddin Tampil Beri Penjelasan Pertikaian Gol Lukaku Yang Dikatakan ‘Offside’ Oleh Netizen