Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan penajaan untuk menukar padang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah satu niat yang ikhlas.
Perkara ini dikongsikan oleh baginda menerusi laman media sosial rasmi Twitter miliknya selepas timbul dakwaan di media sosial oleh salah satu portal bola sepak yang mengatakan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan menentukan rumput jenis apa yang bakal digunakan kelak.
Niat saya ikhlas utk membantu. Rumput Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim sudah terbukti. Tetapi kalau tidak diterima, saya tidak boleh buat apa2. Saya juga akan melawat SNBJ pada 19 March. Saya akan kongsikan kos utk padang baru, dan kos maintenance setahun tidak melebihi RM240,000 https://t.co/4Tb9a62QVg pic.twitter.com/gQh5eXfhZV
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 12, 2022
“Niat saya ikhlas untuk membantu. Rumput Zeon Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim sudah terbukti. Tetapi kalau tidak diterima, saya tidak boleh buat apa-apa. Saya juga akan melawat SNBJ pada 19 Mac. Saya akan kongsikan kos utk padang baru, dan kos penyelenggaraan setahun tidak melebihi RM240,000,” kata TMJ.
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu lantas menafikan tuduhan portal tersebut dengan mengatakan pihaknya menyambut baik sumbangan yang telah diberikan oleh TMJ.
Kenyataan penghargaan saya yang sebenarnya adalah seperti laporan @bernamadotcom ini. https://t.co/xF0bXZSRfv.
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) March 12, 2022
“Merujuk kepada tajuk ciapan di bawah ini, ingin saya jelaskan, kenyataan di tajuk laporan ciapan itu tidak benar sama sekali. Pihak pengendali akaun perlu lebih bertanggungjawab dalam laporan dan ciapan mereka serta memperbetulkan fakta.
“Umum tahu hasrat mulia TMJ untuk taja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil yang kita sambut dengan hati terbuka. Tapi saya tidak pernah sebut untuk tentukan sendiri jenis rumput kelak,” katanya.
SMBJ sememangnya mempunyai reputasi buruk mengenai permukaan padang dimana bekas ketua jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert van Marwijk pernah mengkritik padang ketika perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 2019 lalau.
Beliau menyifatkan rumput jenis cow grass adalah terlalu tebal dan rumput tersebut menyukarkan pemainnya untuk membuat hantaran dengan lancar.
TMJ juga sudah meluluskan satu cek untuk membayar kos pemasangan padang baharu itu sebagai bukti baginda bukan sekadar cakap kosong tetapi serius mahu melihat stadium di Malaysia mempunyai padang yang terbaik.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Tiada Lagi Rumput Lembu, TMJ Taja Kos Penanaman Rumput Zeon Zoysia Di Stadium Nasional Bukit Jalil
TMJ Tak Cakap Kosong, Terus Luluskan Cek Untuk Tukar Padang Di Stadium Nasional Bukit Jalil