Pemain pertahanan tengah Kedah Darul Aman (KDA), Shazwan Tajudin telah selesai menjalani pembedahan ligamen lutut disebabkan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami sebelum ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Syazwan menjadi pemain kelima yang mengalami kecederaan ACL dalam saingan Liga Super musim ini.
Pertahanan Kedah Syazwan Tajudin selesai menjalani pembedahan ligamen lutut ACL hari ini, menjadikan pemain kelima mengalami kecederaan itu selepas Petrus Shitembi, Azalinullah Alias, Rahadiazli Rahalim dan Halim Saari.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 15, 2021
Menurut ketua jurulatih Kedah, Aidil Shahrin, Syazwan mengalami kecederaan tersebut pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana pemain ini sempat beraksi sehingga minit ke-65 sebelum terpaksa dikeluarkan.
“Tetapi malangnya, ketika berdepan JDT, di mana dia melakukannya dengan amat baik untuk sekurang-kurangnya selama 65 minit, dia ditimpa kecederaan dalam perlawanan itu.
“Kami tidak dapat mengelakkannya. Ia sebahagian daripada bola sepak apabila pemain memberikan 100 peratus, kemudian terpaksa diketepikan untuk empat bulan,” kata Aidil menurut laporan Stadium Astro.
Empat lagi pemain yang mengalami kecederaan ACL selain Syazwan Tajudin ialah Azalinullah Alias, Petrus Shitembi, Rahadiazli Rahalim dan Halim Shari.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Bung Moktar Beri Amaran Kepada Pemain Yang Calar Imej Sabah FC
Tiga Pemain Beraksi Di Luar Negara Bakal Perkuatkan Skuad Harimau Malaya