Sri Pahang bukan sahaja bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini sedang menikmati momentum cemerlang dalam kempen Liga Super Malaysia 2021, malah turut akan menghadapi cabaran pendahulu liga itu tanpa kehadiran tonggak utama mereka.

Hakikat itu perlu diakui apabila skuad kendalian Dollah Salleh itu terpaksa melupakan khidmat pertahanan kental kelahiran Perancis, Herold Goulon akibat kecederaan yang dialaminya.

Keadaan itu jelas menjadi masalah buat Sri Pahang kerana pemain import JDT, Bergson Gustavo da Silva kini sedang ‘menggila’ merobek gawang setiap pasukan dihadapinya dan Safawi Rasid juga dikatakan sudah kembali bersama pasukan.

Perkembangan terkini mengenai ketiadaan Goulon itu disahkan Dollah Salleh menurut laporan dikeluarkan Berita Harian (BH) Online.

Meskipun kehilangan khidmat Goulon pada pertemuan malam ini di Stadium Darul Makmur, Dollah tetap masih mampu mengukir senyuman susulan kehadiran semula dua pemain pertahanan tengah yang sebelum ini mengalami penggantungan satu perlawanan.

“Di sebalik ketiadaan Goulon, Muslim Ahmad yang juga kapten pasukan dan Jadid Ilias kembali berada dalam senarai pemain utama.”

“Mereka kembali bersama pasukan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan. Kehadiran Muslim dan Jadid diharap membantu memperkasakan benteng pasukan,” ujar Dollah Salleh bercakap kepada wartawan BH Online.

Selepas mengharungi lapan perlawanan liga setakat ini, Sri Pahang hanya mampu mencatatkan satu kemenangan, dua keputusan seri dan lima kekalahan yang menyaksikan mereka terdampar ke tangga ke-11 untuk sekadar mengumpul lima mata, berkelebihan empat mata di hadapan UiTM FC yang berada di kedudukan terbawah liga.

Teruskan membaca 3 artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Julian Nagelsmann Tepis Spekulasi Penghijrahannya Ke Bayern Munich

Reduan Abdullah: Kelemahan Individu Pengaruhi Prestasi UiTM FC

Polis Siasat Insiden Bas Real Madrid Diserang Ketika Dalam Perjalanan Ke Anfield

Sumber