Syarikat automitif gergasi dari Jepun, Suzuki Motor Corporation mengesahkan penglibatan mereka dalam saingan sukan bola sepak terbesar di Asia Tenggara iaitu Piala AFF dimana mereka menjadi title sponsor kejohanan tersebut buat kali ketujuh.
Perkara ini disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) dimana kejohanan bagi edisi tahun ini mungkin bermula pada bulan Oktober dan perlawanan akhir pula akan dilangsungkan pada Disember. Pegawai pengurusan Suzuki, Kinji Saito berkata pihaknya bangga dapat meneruskan kerjasama dengan AFF.
“Kami bangga menjadi sebahagian daripada saingan Piala AFF Suzuki dan kejohanan ini semakin bertambah baik selain tidak pernah gagal untuk menarik minat peminat di rantau Asia Tenggara.
“Tahun ini Suzuki akan menyambut ulang tahun ke-100. Satu penghargaan untuk kami kerana dapat menghidupkan impian peminat di Asean menerusi penganjuran Piala AFF Suzuki,” kata Saito.
Suzuki mula menjadi penaja bagi saingan Piala AFF bermula edisi 2008 lalu dimana mereka menggantikan jenama minuman keras, Tiger yang pernah menjadi penaja pada permulaan saingan Piala AFF diadakan.
Bagi saingan edisi 2018, Vietnam muncul juara setelah menewaskan Malaysia di perlawanan akhir dengan pasukan kendalian Park Hang-seo itu memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 secara agregat.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak di Asia Tenggara di sini:
Ketua Pasukan BG Pathum, Thitipan Puangchan Berehat Selama Dua Bulan
AFC MA Ranking: Kini Filipina Pintas Tajikistan Pula Untuk Menghuni Tangga Ke-12 Asia