Pasukan dari benua Oceania, New Zealand berkemungkinan besar menjadi lawan skuad Harimau Malaya dalam jendela perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), bulan ini.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan pada bulan Mac dan Jun 2020 ditangguhkan ekoran penularan wabak coronavirus (Covid-19).
Oleh demikian, menurut laporan Stadium Astro, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata New Zealand memberikan maklum balas positif dan perbincangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara tersebut sedang berada di fasa akhir.
“Dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA bulan ini, kami tetap akan ada panggilan ke kem latihan pusat skuad kebangsaan dan telah berhubung dengan beberapa negara termasuk Filipina, Singapura dan India tetapi semuanya tidak dapat menyertai.
“New Zealand membuatkan harapan itu sedikit cerah kerana reaksi diberikan positif tetapi mereka belum memberi jawapan secara tepat. FAM tetap berharap dapat mencari satu perlawanan buat pasukan kebangsaan bulan ini,” katanya.
Pada masa yang sama, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata sesetengah badan induk bola sepak di dunia menganggap Malaysia sebagai kawasan ‘panas’ Covid-19 dan perkara ini secara tidak langsung menyukarkan FAM untuk mencari lawan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:
Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Sah Ditangguhkan
Perancangan Tan Cheng Hoe Terganggu Selepas Pembatalan Perlawanan Menentang Bahrain
Beberapa Negara Tolak Jemputan Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia Kerana Coronavirus